Strok Haba dan Cara Pencegahannya..

Assalamualaikum..

  Dalam tempoh 2 minggu ni cuaca agak luar biasa panasnya. Keadaan panas seperti ini biasanya berlaku di Malaysia pada bulan Mac dan September kerana pada masa ini matahari akan berada tepat di garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas diantara pukul 12 tengahari sehingga 3 petang. Fenomena pemanasan ini dikenali sebagai fenomena Ekuinoks

Suhu yang saya goggle di Kamunting pada 20 Mac


  Akibat daripada suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba ataupun 'heat stroke'. Heat stroke berlaku apabila suhu badan meningkat melebihi 40 darjah celcius iaitu melebih daripada suhu badan yang normal iaitu 37 darjah celcius.

  Bagaimana kita boleh mengalami strok haba? Apabila cuaca panas, badan kita akan cenderung berpeluh. Peluh akan membantu menyejukkan badan kita tetapi dalam masa yang sama air dalam badan juga semakin berkurangan akibat daripada perpeluhan. Jika proses perpeluhan berlaku lebih dari biasa, ia boleh menyebabkan badan mengalami dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.

  Tanda-tanda awal strok haba
  • Sakit kepala
  • mual
  • kurang berpeluh walaupun cuaca panas
  • muntah dan loya
  • otot cepat kejang dan lemah
  • sawan dan pitam
  Cara rawatan mangsa strok haba:
  • rawatan segera harus dilakukan jika mangsa mengalami strok haba
  • kebiasannya suhu akan cuba diturunkan terlebih dahulu
  • sebaiknya bawa mangsa ke tempat yang teduh, dingin dan sejuk
  • jerlum atau lap tubuh mangsa dengan tuala basah
  • mandikan mangsa dengan air sejuk 
  • jika mangsa tidak boleh minum, hendaklah segera ke hospital atau klinik bagi dimasukkan drip
  Cara pencegahan strok haba:
  • Elakkan aktiviti ketika musim panas
  • Minum air sekurang-kurangnya 3-4liter sehari
  • Pakai pakaian yang berasaskan kapas kerana ia membantu penyejatan peluh yang maksima
  • Sekiranya anda bekerja pada cuaca yang panas, pakai topi untuk mengelakkan berlaku kehilangan haba dibahagian kepala
 Pencegahan dengan suplemen Shaklee
  Dengan keadaan yang panas sebegini, kurangkan kehilangan air dalam tubuh melalui aktiviti harian. Namun jika ini tidak dapat dilakukan, anda boleh minum minuman berasaskan isotonik seperti Performance Drink. Performance Drink Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah tidak mempunyai pewarna dan perasa tiruan. Antara kebaikan Performance Drink
  • bebas gas atau tidak berkarbonat
  • tidak ada pewarna dan perasa tiruan
  • mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair dalam tubuh dan mengatasi masalah dahaga
  • bersifat isotonik iaitu minuman ini mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah dan akan menjadikan tubuh lebih cergas dan kurang penat.
  • Istimewanya performance drink ini, ia boleh diminum oleh kanak-kanak, ibu mengandung, warga tua dan orang dewasa

  Strok haba boleh dicegah jika kita tahu cara pencegahannya. Kurangkan aktiviti luar dan pastikan anda dan keluarga anda minum air yang cukup setiap hari. Jika anda, keluarga atau rakan-rakan anda menunjukkan gejala strok haba, segeralah membawa mereka ke klinik atau hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.






Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 










0 comments:

Post a Comment