Sakit Badan Selepas Bersenam?? Kenapa Ia Berlaku??

Assalamualaikum..

  Normal untuk kita jika dah terlalu lama tinggalkan aktiviti senaman terutamanya senaman yang lasak, pada keesokkan paginya satu badan akan merasa sakit. Bukan setakat sakit, malah ada kalanya pergerakan tubuh pun terbatas. Ini merupakan cabaran dan dugaan yang biasa apabila memulakan sesuatu senaman setelah rehat yang panjang. Secara saintifiknya ia dikenali sebagai Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS), atau dalam bahasa yang kita selalu gunakan, sakit badan or sakit otot.


  Bilakah DOMS ini berlaku?? Kebiasanya ia berlaku selepas 12jam selesai membuat senaman. Ianya tidak berlaku sewaktu membuat senaman. Waktu saya aktif semula bersenam 2bulan lepas, hari pertama senaman, saya tidak merasakan apa-apa kesakitan pun pada seluruh anggota badan. Tapi selepas 12jam dari aktiviti tersebut, segala sakit mula dirasai dan kesakitan ni mungkin boleh berpanjangan sepanjang 2-5hari bergantung kepada ketahanan diri kita. Saya sendiri waktu mula2 menjalankan latihan seperti jumping jack, squat, lunges, saya memerlukan lebih kurang satu minggu untuk pulih kembali.

  Kenapa ia berlaku?? Keadaan ini dipercayai akibat koyakan kecil dan sangat halus pada otot kita. Koyakn iut akan diperbaiki oleh sistem tubuh kita dan apabila kita sudah sembuh, ototo akan semakin kuat dan besar. Sebab itu ketika otot saya belum pulih, saya tetap teruskan latihan agar otot kita menjadi imun pada kesakitan tersebut. Tapi percayalah, keadaan ini tidak akan berlarutan lama jika kita konsisten meneruskan senaman.

  Adakah DOMS ini memberi manafaat kepada diri kita?? DOMS atau sakit badan selepas bersenam ini bagus kerana otot kita akan mengalami adaptasi dan akan bertambah kuat. Jangan jadikan alasan sakit badan sebagai sebab untuk tidak meneruskan senaman kerana manafaatnya sangat besar. Ada sebab kenapa kata-kata 'NO PAIN NO GAIN' itu wujud..kerana tanpa kesakitan, kita tak akan mendapat hasil dari senaman kita.



  Namun, perlu untuk kita tau juga, beza sakit badan dan kekejangan dan kecederaan yang lain. Jangan pula ingat segala sakit badan itu merupakan DOMS ye. Biasanya kekejangan, kecederaan ligamen putus urat, patah tulang adalah sakit yang datang SEWAKTU senaman berlaku. Ia mungkin disebabkan oleh posteur atau teknik senaman yang salah. Faktor lain berlakunya kecederaan ini adalah kerana kita terlalu memaksa badan kita menampung beban yang terlalu berat sedangkan badan kita masih belum dapat menyesuaikan diri dengan beban tersebut. Saya bagi contoh ye..sepanjang hidup tak pernah kita angkat dumbell, tiba-tiba terus angkat dumbel 5kg..jadi dah tentu anda akan merasakan sakit seluruh bahu hingga ke badan. Jadi, perlu perlahan-lahan dalam menjalankan senaman sehinggalah tubuh kita sudah biasa.

  Kesimpulannya, sakit badan selepas bersenam ini bagus sebab ia membuktikan senaman kita itu adalah berhasil dan yang pastinya tubuh kita menjadi semakin kuat selepas ia sembuh. Ada orang kata, ia menyumbang kepada afterburn effect dimana pembakaran lemak akan berlaku sepanjang otot kita sakit. Hebatkan??? Malah ada sesetengah rutin senaman, bila anda berhenti bersenam dalam tempoh 5minit, pembakaran tetap berlaku. Jadi, jika anda betul-betul ingin bersenam dan membakar lemak, tahan sikit rasa sakit tu..insyaAllah ia akan recover sendiri.



Salam Sayang,




0 comments:

Post a Comment