Non Carbo vs Less Calories - Yang Mana Satu Diet Pilihan Anda???

Assalamualaikum..

  Sekarang ni banyak betul jenis diet yang saya baca. Macam-macam versi diet ada. Diet yang pelik-pelik ada, diet yang ekstrem pun ada juga. Dalam banyak-banyak diet tu, ada dua jenis diet yang saya amalkan dari dulu hingga kini. Diet tanpa karbohidrat dan diet rendah kalori.

  Kalau dulu-dulu, masa kurang pengalaman pasal diet ni, saya suka buat diet yang extreme. Contohnya pagi cuma makan buah dan air masak, tengahari makan buah, malam pun makan buah. Akhirnya diet ni tak menjadi pun pada saya sebab dengan mengambil buah saja, saya tak dapat sumber tenaga yang saya perlukan untuk melakukan kerja seharian.



  Lepas tu saya kenal pula dengan diet yang langsung takde karbo. Maksudnya pemakanan kita seharian hanyalah berdasarkan sumber protien dan buah-buahan semata-mata. Dalam diet ini juga, walaupun sayur atau buah, selagi ia mengandungi sumber karbo didalamnya, makanan tersebut tetap tak boleh diambil. Diet non carbo ni basiclly memang 100% based on protien, fruits and vegetables. Saya pernah juga cuba diet ni dalam tempoh 2minggu, amazingly memang penurunan sangat cepat. Boleh turun dalam 4kg dalam 2minggu. But the disadvantage tentang diet ni, dalam tempoh badan kita trying to adapt dengan cara pemakanan yang tiada karbohidrat, saya mengalami masalah pening, muntah, lesu. Just imagine kan, bertahun-tahun  makan sumber karbohidrat seperti nasi, tiba-tiba stop karbo, badan mesti terkejut kan? Too much protien juga tak elok untuk tubuh kita. Sebab tu la adanya piramid makanan supaya boleh jadi guideline untuk kita memilih makanan kita.

  Sekarang saya lebih senang mengamalkan less calories diet. Bagi saya, diet ni adalah diet yang paling mudah. Apa yang kita perlu tahu untuk berdiet dan menurunkan berat badan, berapa jumlah kalori yang kita perlu consume setiap hari. Bagi wanita dalam proses penurunan berat badan, total calories intake perday adalah 1200kcal sementara lelaki pula adalah 1800kcal perday. Sebelum mengambil apa juga makanan pastikan kita tahu berapa kalori yang terdapat pada makanan tersebut. Agak lecehkan sebab nak tau kalori pula? Tapi ini adalah cara yang terbaik untuk kita monitor berapa kalori yang kita ambil pada setiap hari. Ok, saya bagi contoh

Sarapan pagi

Normal Breakfast : Roti Canai sekeping (300kcal) + Teh tarik ( 140kcal ) = 440kcal
Less Cal Breakfast : Roti gandum sekeping (70kcal) + Teh o (o kcal) = 70kcal 

Nampak tak beza jumlah kalori diatas. Malah untuk breakfast, boleh pelbagaikan makan seperti roti + 2sudu tuna atau roti + cheese, jumlah kalori adalah diantara 100kcal ke 150kcal sahaja.

  Yang saya suka tentang diet rendah kalori ini adalah saya boleh makan 6 kali sehari. Tapi bukan makan suka hati ye. Still based on calories count dan perlu tahu apa yang kita makan. 6 masa makan tersebut adalah:

  • Sarapan pagi - roti whole meal + teh o / kopi kosong = 100kcal (anggaran sahaja)
  • Snek pagi - roti/buah/biskut oat = 100kcal - 120kcal (tidak boleh lebih dari itu)
  • Makan tengahari - Nasi segenggam + sayur + ayam / ikan = 250kcal - 300kcal 
  • Snek petang - buah, biskut oat - 120kcal ( tak boleh lebih dari itu)
  • Makan malam - roti gandum (2keping), salad, sayur rebus, telur putih = 200kcal - 250kcal
  • Supper - low fat yogurt / buah = 100kcal
  Jumlah pengambilan kalori ikut menu diatas adalah 990kcal. Still below dari jumlah kalori yang perlu saya ambil semasa diet. Ini tidak termasuk lagi jika bersenam. Jika bersenam zumba selama sejam, ia boleh membakar lebih kurang 500-600 kalori. Jika selepas senaman terasa lapar, boleh ambil makanan yang berasaskan buah atau low fat yogurt. So agak senang nak ikut diet cara ni untuk saya.



  Bagi saya, apa pun jenis diet yang kita amalkan kenalah berpada-pada. Jika ingin berdiet, ikut pada kemampuan diri sendiri, bukan kerana diet tersebut merupakan diet yang famous. Setiap orang tahap metabolismanya berbeza, jadi anda perlu try and error setiap diet yang anda cuba. Paling penting dalam berdiet, senaman juga haruslah seiring kerana senaman juga membantu dalam penurunan berat badan. Senaman juga membantu mendapatkn bentuk badan  yang lebih cantik.



Salam Sayang,









0 comments:

Post a Comment