Komplikasi Penyakit Diabetes

Assalamualaikum..

  Berhadapan dengan pesakit diabetes setiap hari ditempat kerja saya, banyak komplikasi diabetes yang memberi kesan kepada mereka. Akibat komplikasi ini, ada pesakit yang merasa rendah diri malah hampir putus asa dalam merawat diabetes mereka.



Antara komplikasi diabetes yang sering saya lihat adalah:

1. Kerosakan saraf periperal
Pesakit diabetes yang tidak terkawal memungkinkan kerosakan pada saraf pesakit. Apabila ini berlaku, deria rasa pada tubuh pesakit akan mula berkurangan. Pesakit akan mula merasa kebas malah ada diantara pesakit diabetes yang tidak terkawal akan terus kehilangan reseptor rasa pada tubuh



2. Kerosakan pada penglihatan
Kebanyakan pesakit diabetes mempunyai komplikasi untuk mendapat kerosakan mata. Bermula dengan keadaan mata yang mempunyai katarak, jika katarak tidak dibuang, ia boleh merosakkan saraf mata dan mengakibatkan mata menjadi rabun dan rosak



3. Komplikasi penyakit buah pinggang
Kebanyakan pesakit diabetes yang tidak terkawal akan mengalami kerosakan buah pinggang. Jika ia tidak mendapat rawatan, pesakit terpaksa melalui proses mencuci buah pinggang yang rosak ataupun hemodalisis.

4. Penyakit 3 serangkai
Seringkali diabetes ini dikaitkan dengan penyakit 3 serangkai iaitu darah tinggi, diabetes, dan juga jantung. Jika diabetes tidak terkawal, pembuluh darah akan semakin sempit dan ini mendorong kepada masalah darah tinggi atau masalah kolestrol yang tinggi. Jika darah tinggi dan masalah kolestrol ini tidak dirawat, ia membawa kepada masalah jantung yang boleh menyebabkan serangan
jantung



5. Kehilangan upaya tubuh
Saya pernah jumpa pesakit dimana kaki mereka terpaksa dipotong akibat diabetes. Malah ada juga pesakit diabetes yang kehilangan keupayaan seksual kerana keupayaan saraf untuk berfungsi semakin lemah.

  Penyakit diabetes bukan lah satu penyakit yang boleh dianggap remeh. Kebanyakan pesakit diabetes yang tidak terkawal berpontensi mendapat penyakit lain seperti buah pinggang dan jantung. Oleh itu, apabila anda disyaki menghidap diabetes, segeralah mendapat rawatan segera sebelum ia berlarutan. Jika anda ingin merawat diabetes dengan Shaklee, anda boleh ke link ini untuk mengetahui apa suplemen yang disyorkan untuk pesakit diabetes.



Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 


0 comments:

Post a Comment