Kelebihan Wanita Bekerja dari rumah

Assalamualaikum..

  Saya sentiasa memasang impian untuk bekerja dari rumah. Apatah lagi bila anak saya akan bersekolah tahun depan, sudah tentu bekerja sambil menguruskan persekolahan anak itu adalah satu tugas yang berat. Bila tengok rakan-rakan lain yang bekerja dari rumah, saya ingin mencapai impian itu juga. Mungkin dalam tempoh 2 tahun lagi, insyaAllah jika diberi keizinan Allah.



Kenapa bekerja dari rumah??

  1. Jimat belanja - Sekarang ni dah trend suami isteri pun bekerja. Anak terpaksa hantar ke rumah pengasuh. Kalau ada orang gaji takpelah kan, boleh tolong jagakan anak. Tapi kalau takde orang gaji, option yang kita ada hanyalah menghantar anak ke rumah pengasuh. Walaupun kita merasakan perbelanjaan kita cukup untuk menampung perbelanjaan anak, kos menghantar anak ke rumah pengasuh campur kos pengangkutan ke tempat kerja dan campur pula kos makan kesemuanya sama je kalau kita bekerja dari rumah. Malah jika kita menjalankan perkerjaan bisness online secara serius, pendapatan yang kita perolehi lebih lagi jika dibandingkan dengan kita bekerja diluar
  2. Menjalankan aktiviti bersama anak - Sesungguhnya memang saya akui agak cemburu juga bila tengok rakan-rakan lain yang dapat spend masa dengan anak 24/7. Bayangkan setiap hari berapa jam saja yang kita peruntukan untuk anak. Jika kita bekerja dari rumah, kita boleh membahagikan masa bersama anak dan dalam masa yang sama boleh membahagikan masa untuk membuat kerja kita
  3. Masa yang seimbang - Ramai yang inginkan balance life pada kerja dan famili. Hakikatnya, kerja pun da 8-9jam. Tu pun belum kira overtime, belum kira outstation. Plus minus, Quality time pun makin sikit. Alangkah seronoknya kan kalau bekerja dari rumah..boleh luangkan masa dengan anak dan dalam masa yang sama boleh juga buat kerja yang lain
  4. Kurangkan Stres Duit - Bila bekerja diluar, dugaan untuk bershoping itu kuat. Tak sedar duit dalam tangan cepat je habis. Tapi bila bekerja dari rumah, dugaan itu adalah lah kurang sikit. Cuma kena pandai kawal perbelanjaan when it comes to online shopping
  5. Kenal Ramai Kawan - Siapa kata bila kita bekerja dari rumah had pergaulan kita terbatas. Bila kita mula berbisnes, customer kita menjadi kawan. Malah dengan kelebihan teknologi masa kini, untuk mendapat kawan melalui teknologi amatlah mudah
  Masih banyak lagi sebab kenapa saya ingin bekerja dari rumah. Paling utama adalah kerana ingin meluangkan lebih banyak masa dengan anak. Anak kita membesar dengan cepat. Saya tak mahu kehilangan detik-detik dan masa dia membesar. Moga Allah izinkan saya untuk menjadi fully work at home mom satu hari nanti.


Salam Sayang,









0 comments:

Post a Comment