Kelebihan Perniagaan Secara Online

Assalamualaikum..

  Lately ni tengok ramai kawan-kawan yang mula berniaga secara online..kebanyakan dari mereka ni dulu tak pernah pun berniaga secara online..tapi semakin hari nampak gaya lebih ramai orang selesa berniaga secara online. Ini merupakan satu perkembangan yang positif untuk perniagaan online. Saya pun lebih suka berniaga secara online berbanding offline atas sebab-sebab berikut:



Kos Murah / Takde Kos Pun

  Ni antara sebab yang saya suka berniaga online ni. Sekarang ni boleh katakan setiap orang ada akaun sosial media. Tak kiralah facebook ke, instagram ke, tweeter ke. Kesemua akaun media sosial ni adalah 'modal'yang paling murah untuk kita berniaga secara online. Yang penting kena pandai iklankan produk dan pastikan gambar produk cantik, barulah boleh yakinkan customer kan?

24 Jam Bisnes

  Mudahnya berniaga secara online ni bisnes kita boleh buka 24jam. Kita tidur ke, bangun ke, kerja ke, bisnes tetap jalan. Cuma kalau da nama 24jam, kita kena la rajin juga kan tengok pertanyaan customer tentang produk kita. Lagi bagus kalau kita dapat respon secepat yang mungkin. Bila servis bagus, customer pun boleh repeat order dengan kita lagi

Kurang Risiko

  Perniagaan mana-mana pun risiko. Pesaingan itu pun satu risiko. Cuma bila bisnes online ni, kita dapat meminimumkan risiko yang ada. Contohnya la kan, kita tak perlu nak sewa kedai, tak perlu nak beli aset. Sometimes nak berniaga online ni, kita tak perlu pun nak ready stok. Customer order, kita order terus dari pengedar, dan pengedar akan hantar produk terus pada customer.



Masa Yang Fleksible

  Seronok bila kita tak terikat dengan masa untuk berniaga. Bila-bila pun boleh jalankan perniagaan online dan selagi ada ekses internet, semua urusan boleh dijalankan dengan serta merta. Kita juga boleh menjalankan perniagaan online dalam masa yang sama melayan anak atau pun membuat aktiviti harian yang lain. Tiada limit masa untuk kita berniaga.



Lesen Perniagaan

  Kebanyakan perniagaan online tak memerlukan kita mendapatkan lesen perniagaan. Tapi ada juga perniagaan online yang memerlukan kita memohon lesen perniagaan terutamanya apabila perniagaan online anda memerlukan anda menyewa premis perniagaan.

Peluang Bisnes Global

  Dengan kecanggihan media sosial, bisnes online boleh dikembangkan bukan saja didalam negara malah diluar negara juga. Cuma anda perlu tahu prosedur pengeposan produk anda jika ia melibatkan pengeposan produk keluar negara.



Pelanggan Tanpa Had

  Berbanding dengan perniagaan offline dimana anda perlu tahu lokasi pasaran anda, bisnes online ini sangat mudah. Kini sesiapa sahaja mempunyai akses internet. Selagi anda mempunyai ekses internet, perniagaan online ini sangat mudah dijalankan.

  Atas sebab diatas, saya memilih Shaklee untuk dijadikan perniagaan online saya. Saya tak perlu mengeluarkan modal yang banyak, masa saya sangat fleksible, bisnes saya 24jam seminggu dan saya boleh menjalankan bisnes online saya walau dimana saya berada. Boleh katakan kebanyakan customer saya juga adalah hasil daripada bacaan blog saya dan juga instagram saya.

  Anda berminat menceburi bisnes online bersama saya?? Masih ragu-ragu dimana hendak bermula? Hubungi saya dan saya akan guide anda..


Salam Sayang,






0 comments:

Post a Comment