Harga Vivix Shaklee Mahal? Berbaloi atau Membazir?

Assalamualaikum..

  Bila ada yang bertanyakan info mengenai Vivix, ramai yang sangat berminat dengan Vivix, kerana melihat banyak testimoni tentang kelebihan Vivix untuk kecantikan dan kesihatan, ramai yang ingin mencubanya. Namun, bila saya menyatakan harga Vivix..kebanyakan dari mereka akan geleng kepala malah terus senyap tanpa apa-apa respon. Mereka kata kenapa perlu membazir beli satu vitamin jika anda boleh beli pelbagai vitamin dengan harga yang sama?



  Okay, saya akui, harga Vivix memang mahal dibandingkan dengan vitamin Shaklee yang lain. Dulu saya pun berfikir juga 2,3 kali sebelum nak beli Vivix. Actually, bukan 2,3 kali fikir, berkali-kali jugalah fikir nak beli Vivix ni..tapi memikirkan manafaatnya untuk kesihatan dan kecantikan, saya usahkan juga untuk membeli Vivix. Setelah 3tahun menjadi SID, baru saya berpeluang merasa khasiat Vivix. Kini da masuk tahun kedua dah saya consume Vivix.

Apa yang membuatkan Vivix ni mahal dari vitamin Shaklee yang lain?

1. Bahan Utama Vivix itu sendiri merupakan bahan yang sangat rare dan istimewa. Vivix diperbuat daripada Anggur Muscadine. Anggur muscadine atau nama saintifiknya Vitis rotundifolia tumbuh semuladi ditempat yang panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin. Anggur ini dikenali sebagai SUPER GRAPES kerana sebiji anggur ini adalah sebesar saiz bola golf. Istimewanya anggur muscadine ini, ia mengandungi 20 pasang kromosom berbanding anggur biasa yang mempunyai 19 kromosom saja. Kelebihan ini menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga.



  Muscadine Grape juga kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocynidins (OPC) yang mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan E. Ia mengandungi RESVERATROL 6kali lebih tinggi dari anggur merah dan merupakan satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid - anti kanser dan antiradang.

2. Cara Vivix bertindak adalah melalui 4 mekanisma:
  • Mempertahankan DNA (defence)
  • Memberikan tenaga DNA (energy)
  • Memulihkan DNA (repair)
  • Meningkatkan DNA (performance)
3. Vivix merupakan satu-satunya suplemen yang boleh menembusi DNA. Jika lihat TESTIMONI VIVIX, ramai pesakit yang menghidap penyakit kronik mengambil Vivix untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.

4. Kandungan Resveratrol Vivix membuktikan ia mampu melambatkan proses penuaan. Kebanyakan sumber resveratrol ini banyak didapati dalam wain merah. Namun dengan kajian saintifik, khasiat resveratrol kini boleh diperolehi dari Vivix.

berhenti merokok dengan Vivix


Memberi rasa kenyang dan membantu penurunan berat badan 


kelihatan awet muda dengan Vivix

  Jadi, adakah anda masih tertanya-tanya kenapa Vivix mahal? Jika dibandingkan dengan tahap kesihatan kita dengan harga Vivix, pasti kita akan usahakan untuk membeli Vivix. Percayalah, sekali anda membeli Vivix, anda pasti jatuh cinta pada kesannya dan anda pasti akan membelinya sekali lagi dan anda akan merasakan berbaloi beli Vivix.


Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 






0 comments:

Post a Comment