Cara Menghukum Anak Yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam

Assalamualaikum..

  Mendidik dan membesarkan anak bukanlah satu kerja yang mudah. Memupuk sifat sabar itu juga tidak mudah apatah lagi kita ni sebagai manusia biasa, yang sering diberi ujian oleh Allah. Anak itu sendiri selain daripada tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan, merupakan juga ujian buat kita sebagai ibu bapa. Lantas, Islam memberi panduan dalam mendidik anak. Seperti mana Islam mempunyai garis panduan untuk mendidik anak, Islam juga mempunyai garis panduan dan batas-batas yang melarang kita menghukum anak.



1. Memukul Wajah

Rasulullah saw bersabda, "Jika salah seorang dari kalian memukul, hendaklah dia menjauhi (memukul) wajah,". (H.R. Abu Dawud). Dalam hal ini, kita bukan tidak dibenarkan memukul anak sebagai pengajaran, tetapi hendaklah kita memukul anak dengan cara yang betul dan atas sebab yang rasional

2.  Menampakkan kemarahan 

Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah kerana Rasulullah sendiri inginkan kita menahan marah selagi kita mampu. "Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berkelahi, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah"

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah

Dari Abu Masúd al-Badri, dia berkata "(Suata hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengan suaran (teguran) dari belakangku, "Ketahuilah, wahai Abu Masúd!'akan tetapi aku tidak mengenali suara tersebut kerana kemarahan (yang amat sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah

4. Bersikap terlalu keras dan kasar

Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajarkan oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah "Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan"

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas

Ini juga dilarang oleh Rasulullah saw. Sekeras-kerasnya paling hanya digunakan rotan dan tidak boleh meninggalkan kecederaan dan bekas pada kulit.  Menghukum dengan rotan dibolehlah dengan tujuan memberikan peringatan kepada anak

  Adakah kita pernah menghukum anak kita dengan cara diatas?? Ada kemungkinan ya, dan kita perlu muhasabah diri sendiri, belajar mengawal diri sendiri agar kita tidak melakukan perkara yang sama pada anak kita dimasa akan datang. Moga-moga kita menjadi ibubapa yang dapat mendidik anak kita dengan penuh kesabaran...InsyaAllah.





Salam Sayang,





0 comments:

Post a Comment