Berbahayakah Berpantang Cara Moden

Assalamualaikum..

  Ramai diantara wanita sekarang yang memilih berpantang cara moden. Apakah itu berpantang cara moden?



  Bagi pendapat saya sendiri, berpantang cara moden itu adalah berpantang dengan berdasarkan pemikiran logik yang meliputi aspek perubatan dan bukan berdasarkan pada kata2 orang lama saja. Saya tidak nafikan keberkesanan atau cara berpantang cara tradisional ye, cuma rata2 wanita yang bekerja sekarang lebih selesa berpantang cara moden?

  Mengapakah ada yang menyatakan berpantang cara moden itu berbahaya? Contohnya saya bagi untuk wanita yang bersalin pembedahan, jika diikutkan memang agak sukar pergerakan mereka dengan kesakitan luka pembedahan tersebut. Ramai juga yang risau jika jahitan luka masih belum kering dan boleh tertetas. Atas sebab itu, memang tidak digalakkan jika mereka bergerak dengan banyak.

  Walaubagaimana pun bg wanita yang berpantang sendiri, mereka tidak mempunyai pilihan untuk duduk dikatil saja. Jadi mereka lebih selesa mengambil suplemen bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka tersebut.

  Ada juga yang kata, wanita bersalin perlu menggunakan jamu atau herba bagi mengecutkan rahim atau membuang angin. Hakikatnya, tak ramai wanita sekarang yang boleh menelan air akar kayu yang pahit dan pekat untuk kecutkan rahim, jadi pilihan yang mereka ada adalah dengan menelan 'jamu' herba berkenaan dalam bentuk tablet.

  Cara tradisional juga tidak membenarkan ibu berpantang keluar rumah kerana risau akan bentan atau masuk angin. Namun dengan adanya suplemen yang membantu mengelakkan stres dan membuang angin dalam badan. Jika mereka benar2 disiplin mengambil suplemen ini, insyaAllah masalah bentan tidak akan wujud.

  Saya sendiri mengambil pendekatan berpantang cara moden iaitu hanya mengamalkan pengambilan suplemen 100%. Alhamdulillah saya sangat selesa dan sihat dengan cara ini.

  Berpantang secara moden atau tradisional, terpulang pada diri wanita itu sendiri. Apapun cara pantang yang dipilih, yang penting kesihatan ibu dan anak perlu didahulukan. Asalkan ia tidak mendatangkan masalah..it should be okay.

  Anda pula bagaimana? Kaedah berpantang yang mana pilihan anda??


Salam Sayang,

  Nur Fatin

0 comments:

Post a Comment