Bagaimana Saya Turunkan Berat Badan Secara Sihat : Bah Akhir - Bukan Senang Nak Kurus!!!

Assalamualaikum..

  Entri ni last entri tentang pengalaman saya turunkan berat badan. Nak taip berjela-jela saya pun baru dalam proses penurunan berat badan. Turun pun tak banyak ketika Jom Sihat 3 dan sekarang still in process of losing weight, the process of learning and in the process of adapting my body to the new routine.




  Cuma apa yang boleh saya simpulkan, bukan senang nak kurus!! Tanyalah sesiapa saja pun yang berjaya menurunkan berat, perjalanan mereka bukan mudah. Jangan terlalu harapkan bersenam dalam tempoh seminggu boleh turun sampai 10kg - 20kg.

 Hakikatnya kita perlu realistik dalam menurunkan berat badan. Tak perlu terburu-buru, yang penting perlu set target berapa penurunan kita. Senaman seminggu takkan kita harapkan penurunan 10kg - 20kg kan? So set a realistic target! Seminggu sekilo pun sudah cukup baik. Tau tak, nak turun 1kg pun kita perlu membakar 7700kcal!!! So be proud of yourself if you can lose 1kg perweek :)





  Kalau nak cerita cabaran nak kurus, memang tak habis cerita. Tapi cabaran paling utama adalah diri sendiri. Segala-galanya bermula pada disiplin diri. Walau teruk mana pun kita bersenam, atau pergi ke slimming centre, tapi kalau kita tidak kawal pemakanan, semua pun tak guna. You are what you eat. So paling penting, anda tahu macamana nak kawal pemakanan. Eat right not Eat Less! Always think before you eat and if you are free enough, count the calories of each food that you take. Sounds hard??? Well, who says losing weight is easy kan???

  Bila kita dalam proses penurunan berat, tak semua akan menyokong. Tak semua akan perasan perubahan kita walau kita dah bekerja keras untuknya. Apa yang boleh saya katakan, just let go all the negative talk that you received. Jangan sesekali putus asa. Saya sendiri pada tahap ni, masih  lagi  orang tak Nampak pun perubahan berat, sedangkan orang-orang yang bercakap ni tak tau langsung pun betapa sakitnya untuk saya melalui proses ni.




  Frust? Sedih? Kecewa? Of course la..muscle cramp, knee pain, bodyache semua tu dah rasa but then orang tak nampak benda tu. Jadi, sematkan dalam diri, nak kurus kerana diri sendiri, untuk kepuasan diri, bukan untuk memuaskan hati orang lain. Think that way, and you will be happy on what you do!!

  Satu je pendapat saya, jika anda betul2 serius ingin menurunkan berat badan, anda perlukan sokongan dari semua pihak. Jika perlu, carilah orang yang boleh guide anda untuk menurunkan berat badan secara sihat. Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa pastikan apa tujuan kita untuk menurunkan berat badan. Untuk saya sendiri, saya ingin sihat, saya ingin kekal aktif dan KURUS HANYALAH BONUS.

  Perjalanan saya untuk memiliki berat badan ideal masih saya teruskan. Moga saya dapat istiqamah dalam mendapat berat badan ideal yang saya inginkan. InsyaAllah kalau dah dapat berat badan ideal, saya share pula kat blog ye..


Salam Sayang,


0 comments:

Post a Comment