Bagaimana Saya Turunkan Berat Badan Secara Sihat : Bah 4 - Persediaan Mental Dan Fizikal

Assalamualaikum..

  Ketika hari kedua sesi latihan Jom Sihat, akibat daripada terlalu upset dengan bacaan berat dan % lemak semalam..saya datang untuk latihan hanya bersarapankan teh dan sebiji epal. Dengan harapan apabila saya makan sikit dan workout lebih berat akan turun begitu juga dengan fat. Tapi rupanya konsep itu salah.

My coaches and team leaders who helps us a lot
  Lebih kurang sejam selepas menjalankan latihan basic bodyweight training..tiba-tiba saya rasa kepala mula pening, tekak mula nak muntah. Saya cuba tahan supaya tak muntah tapi sebab terlalu pening saya beredar dari kumpulan dan pergi ke tepi gelanggang.

  Masa tu Team Leader menemani saya untuk melihat keadaan saya. Dek kerana tak mampu nak menahan muntah, akhirnya saya muntah diluar gelanggang. Masa tu rasa macam nak berhenti latihan masa tu juga. Rasa tak mau teruskan da latihan hari tu. Dah la latihan susah (sebab da lama tak bersenam), letih, sakit lepas tu muntah pula!!

  Sampailah bila TL bagitau saya kesemua ini adalah perkara normal untuk first timer seperti saya. Normal untuk saya rasa pening, normal untuk saya muntah, normal untuk seluruh anggota badan saya sakit. Bayangkan selama 38tahun saya menternak lemak dalam badan tiba-tiba lemak dikejutkan dengan pelbagai jenis latihan..sudah tentu seluruh anggota badan akan merasa kesannya

My Inspiration - My team leaders

  Cuma satu saja yang TL saya pesan..dalam menurunkan berat badan, jangan sesekali putus asa. Semangat kena kuat, hati kena cekal dan paling utama DISIPLIN diri. Kesemua coach dan Team Leader saya pernah melalui proses overweight seperti saya tapi mereka tak pernah berputus asa untuk mereka berdiri ditempat mereka sekarang.

  InsyaAllah esok episod terakhir pengalaman saya ini saya kongsikan antara dugaan dan cabaran untuk menurunkan berat badan. Believe me..it is not easy...

Salam Sayang,

Nur Fatin

0 comments:

Post a Comment