Bagaimana Saya Turunkan Berat Badan Secara Sihat : Bah 3 - Mimpi Ngeri Bermula

Assalamualaikum..

  Salah satu aktiviti Jom Sihat Taiping adalah aktiviti menimbang. Honestly..me and weight scale dont get along!! Saya memang tak akan menimbang berat badan saya dimana2 penimbang pun regardless la kat pejabat ke atau kat mall. Kenapa?? Sebab sukar untuk saya terima bahawa berat badan saya ni dah terlebih overweight.  Tapi bila join Jom Sihat ni..Ya Allah ketar seluruh badan naik penimbang ni

Nama penimbang ni Cik Tanita

  Tengok penimbang tu..special sikit tau. Bukan je boleh cek berat kita, segala lemak dan jisim otot pun dia boleh detect. Nak tipu yang kita ni jaga makan??? Jangan haraplah..semua penimbang ni dapat detect. Tiap minggu bila nak menimbang, semua perasaan bercampur baur. Rasa nak jawab exam kat Universiti pun tak ketar macamni

  Hari pertama timbang guna penimbang ni..rasa nak pengsan tengok % lemak dalam badan. Tengok berat tu memang da agak la sebab dah sedia maklum berat badan dalam kategori overweight. Huwaaa...memang malu sungguh kat TL (teamleader) sebab badan ni overweight. Padahal benda ni biasa je untuk semua peserta. Mungkin saya ni agak sensitif kot bila cerita pasal berat badan.

  Gara-gara terlalu upset dengan berat dan % lemak dalam badan..konon tak mau makan da the next day.  Ingat sehari tak makan bolehlah turun berat..tapi rupa-rupanya lain jadinya. Kerana kejadian itu juga saya hampir-hampir putus asa nak teruskan program Jom Sihat..

 Bersambung....

0 comments:

Post a Comment