Bagaimana Saya Turunkan Berat Badan Secara Sihat: Bah 2 - Jom Sihat Taiping

Assalamualaikum..

  Semalam saya cerita bagaimana saya bermula untuk menurunkan berat badan. Motivasi utama saya nak turunkan berat adalah sebab saya rasa badan makin hari makin berat. Bayangkan la nak naik tangga dalam dua atau tiga anak tangga pun semput, nak mendukung anak lagi la memang tak larat. Nak lari, jogging, buat workout, memang tak pernah la..buat pun bila penat terus stop. Jadi macamana nak kurus. Asyik nak give up je.

  Okay, back to how I found Jom Sihat Taiping. Macam saya ceritakan dalam entri semalam, walaupun mengikuti online coaching, saya still tidak puas. Mungkin sebab saya rasakan saya perlukan seseorang untuk guide saya betul2 tentang senaman dan cara pemakanan saya. Kalau online coaching kita, orang tak nampak perubahan kita. Kalau nak mengelat pun takde siapa tau kan..kan. :P. Selama ni saya tercari-cari juga kalau aktiviti senaman berjemaah area Taiping ni, tapi cari hangat-hangat tahi ayam je la..hehe


  Sampailah pada satu hari, tengah tengok facebook, ada kawan share tentang aktiviti Jom Sihat Taiping ataupun JS#2 yang dia join. Tengok dia komen yang program ni sangat bagus terutama untuk mereka yang ingin bersenam ramai-ramai. Saya pm la kawan tu, tanya macamana program ni, ok ke tak? hari apa diadakan, berapa bayaran, berapa tempoh latihan. Walaupun dia da bagi details tentang Jom Sihat #3, saya still tak contact pun team leader JS#3. Punyalah la kan saya ni beria nak kurus tapi tak nak usaha. Ish2.

  Tiba-tiba satu hari tu, team leader Jom Sihat Taiping Suehaiela Kusairi whatsapp saya... Terkejut tau bila team leader yang whatsapp. Patutnya kita yang nak sihat, kita yang cari instructor atau coach kan, tapi ni terbalik pula..team leader yang whatsapp saya dulu. Agaknya memang Allah nak bagi peluang pada saya untuk bersenam kot. Kalau nak harap saya whatsapp dulu, entah join ke tidak program ni. Tu pun masih ada rasa ragu-ragu tau, nak join ke tidak, nak join ke tidak. Yelah, malu lah..kita ni berat dalam kategori overweight...tah2 yang paling overweight kot dalam program ni. Tapi sebab nak sihat, nak kurus punya pasal..takpe..datang je la..kalau tak larat balik la kan..kekekek

Cuba teka saya yang mana satu..hihi..

  So pada 06 Februari 2016, pukul 5.30 petang, pergilah juga untuk latihan pertama Jom Sihat ni. Masa tu buat kat court takraw Taman Tasik taiping. Hati berdebar-debar ni. Takut, malu, segan, semua ada. Masuk je court tengok ramai peserta bekas Jom Sihat sebelum-sebelum ni. Newbie pun ramai juga..termasuklah saya..

  Maka hari itu bermula la mimpi ngeri saya selama ni!! Mimpi ngeri??? Mimpi ngeri apa tu???? Nak tahu kena tunggu entri seterusnya ye ;)


Salam Sayang,

0 comments:

Post a Comment