Bagaimana Saya Turunkan Berat Badan Secara Sihat: Bah 1- The Weight Loss Journey Begins

Assalamualaikum..

  Semalam waktu saya share gambar saya ni, ramai yang tanya saya macamana saya boleh turunkan berat badan dalam tempoh 1 bulan saja. Sebenarnya kalau ikutkan tak banyak pun penurunan berat badan dalam tempoh tu, tapi perubahan secara inci tu memang banyak. Boleh katakan penurunan berat saya ni lebih kepada inch loss than weight loss.



  Niat nak turunkan berat badan bermula awal tahun ni. Rasa da penat juga la usahakan turun berat badan secara sendiri, tapi hasil tak kemana pun. Maklumlah..tak pernah ada rasa DISIPLIN nak makan dan senaman. Jadi untuk membantu diri ni jadi displin, pada Januari 2016, saya join grup Slim & Fit Enermax bersama-sama dengan beberapa ahli Enermax yang ingin turunkan berat badan. Semua ahli dalam grup ini adalah pengedar Shaklee dibawah naungan Master Farah Alias.

  Dalam grup ni, kami share menu-menu yang kami ambil seharian, share jenis-jenis workout yang kami lakukan malah share juga resepi makanan sihat yang kami pernah cuba. Dalam masa yang sama, kami masih mengamalkan pengambilan suplemen untuk boost up tenaga seperti B Kompleks dan Vitalea, ESP dan Cinch untuk built muscle dan Cinch Tea untuk metabolisma. Dua kali seminggu juga saya amalkan detox dengan Herb-Lax Shaklee.

  Setiap perkembangan penurunan berat badan juga kami share, jadi kami boleh cuba pelbagaikan resepi yang ada. Memang nampak perbezaan bila ingin kurus berjemaah ni. Semangat pun lain. Walaupun cuma berkongsi tips di alam whatsapp, rasa seronok itu berbeza.

  Dalam pada itu saya juga join satu grup whatsapp online coaching untuk turunkan berat badan. Dalam group ni, setiap hari kena update report tentang jadual pemakanan dan setiap hari juga kena buat homework senaman yang diberikan. Asas senaman yang saya lakukan dalam grup ini adalah jumping jack dan juga squat. Setiap hari kena amalkan sekurang2nya 50 - 100 jumping jack dan squat. Tapi as time goes by, saya upkan jumlah senaman saya dari 100 jumping jack ke 200 jumping jack sehari, malah lebih dari itu pun ada. Saya juga cuba untuk melakukan senaman lain yang memfokuskan bahagian abdomen. Walaupun ada penurunan inci dan berat tapi saya rasakan masih tak puas. Saya ingin push diri saya lebih dari itu.

  Bagaimana saya push diri saya untuk buat lebih dari itu??? Pada bulan Februari 2016, saya bertemu dengan Jom Sihat Taiping. Maka perjalanan penurunan berat badan saya bermula disitu. Nak tahu pengalaman saya bersama Jom Sihat Taiping?? Bagaimana setiap senaman dan pemakanan saya menyumbang kepada penurunan berat badan? Nantikan entri saya yang akan datang

Salam Sayang,

0 comments:

Post a Comment