Amalan Anak Soleh Setelah Ibubapanya Meninggal Dunia

Assalamualaikum..


  Sebagai seorang anak, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan berbakti pada ibubapa ketika mereka masih ada. Namun, sekiranya ibubapa telah tiada lagi, ini tidak bermakna amalan kita pada mereka juga terhenti. Masih ada amalan kita yang boleh kita lakukan untuk ibubapa kita yang sudah tiada.

1. Menjelaskan hutang
Islam amat menitikberatkan persoalan memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika hidup didunia dan akhirat. Seseorang yang berhutang wajib menjelaskan hutangnya dan sekiranya ia meniggal sebelun menyelesaikan hutangnya, maka tanggungjawab si anak membayar hutang tersebut

2. Membayar zakat
Seseorang yang meninggal dunia dan belum membayar zakat, maka wajib bagi warisnya menjelaskan zakat tersebut kerana zakat yang belun dibayar itu adalah hutang hamba kepada Allah.

3. Mengqadakan puasa
Waris atau anak disunatkan supaya mengqadakan puasa ibubapanya yang telah meninggal termasuklah puasa ramadhan, puasa nazar dan puasa kafarah.

4. Membayar fidyah puasa
Fidyah puasa itu adalah dengan memberi sedekah dalam.kadar satu cupak makanan asasi kepada penduduk disesebuah negara

5. Mendoakan ibubapa
Doa anak yang soleh merupakan khazanah ibubapa yang amat berharga. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; apabila seorang anak adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainka 3 perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermafaat dan doa anak yang soleh

6.  Menghubungkan tali silaturahim
Merupakan satu tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian dari kaum muslimin. Berbuat baik dengan ahli keluarga dan sahabat ibubapa adalah sebahagian dari cara berbuat baik dengan ibubapa setelah mereka meninggal

7.  Menziarah kubur
Menziarah kubur ibubapa adalah sunat muakad dan besar ganjarannya. Kebaikan menziarah kubur ibubapa membawa kebajikan bukan saja kepada anak soleh tetapi juga pada anak derhaka

8.  Menyesaikan hutang pusaka
Pembahagian harta pusaka hendaklah dibuat setelah diselesaikan segala hutang arwah samada hutang dengan Allah mahupun hutang sesama manusia

9. Membuat haji untuknya
Anak-anak digalakkan untuk membuatkan haji bagi kedua-dua ibubapanya yang telah meninggal dunia yang belum sempat menunaikan haji. Ia boleh dilakukan dengan membuat sendiri atau mengupah orang. Walaubagaimanapun, sekiranya ibubapa telah bernazar untuk menunaikan haji tetapi tidak berkesempatan, maka wajib bagi anaknya melakukan haji untuknya dengan segala perbelanjaan adalah dari harta peninggalan arwah.

  Kesimpulannya, marilah kita menghayati peranan kita kepada ibubapa. Tanpa mereka, siapalah kita. Sedarlah bahawa tanpa keredhaan mereka, kita juga tidak mendapat redha Allah. Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang diredhai Allah. Amin..


Salam Sayang,

Nur Fatin

0 comments:

Post a Comment