10 Sebab Ajaibnya Pelukan Seorang Ibu

Assalamualaikum..

  Sudahkah anda memeluk dan mendakap anak anda hari ini? Tahukah anda sentuhan dan dakapan seorang ibu itu sangat ajaib dan mempengaruhi emosi anak anda?



Berikut adalah 10 keajaiban pelukan seorang ibu
  1. Pelukan ibu menyihatkan jiwa dan tubuh. Pelukan seorang ibu menaikkan keyakinan anak berbanding jika kita sekadar menasihatinya
  2. Pelukan ibu menyembuhkan kelukaan hati si anak kerana anak akan merasa lebih tenang bila didakap oleh ibunya
  3. Pelukan ibu mengurangkan tekanan dengan meningkatkan hormon oksitoksin yang menyembuh perasan mereka
  4. Pelukan ibu meningkatkat  sistem imun kerana melalui sentuhan ibu dapat meningkatkan kelenjar tymus yang menghasilkam sel darah putih yang berfungsi meningkatkan sistem imun badan
  5. Pelukan ibu meningkatkan mood positif anak kerana ia mampu menenangkan perasaan anak
  6. Pelukan ibu dapat meregangkan otot terutamanya pada bayi akibat dari urutan dan dakapan ibu
  7. Pelukan ibu juga mengimbangi sistem saraf dengan sentuhan pada kulit
  8. Pelukan ibu akan mengajar anak untuk memberi dan menerima dengan membalas semula sentuha tersebut
  9. Pelukan ibu membantu anak untuk saling berkomunikasi terutama sekali umtuk anak yamg kerak tantrum
  10. Pelukan ibu juga meningkatkan IQ anaj kerana pelukan meransang darah sampai ke otak. Dengan ini otak akan mudah menerima apa yang diajar 
  Ajaibnya sentuhan seorang ibu kan? Walau sesibuk mana pun kita jangan lupa untuk mendakap dan memeluk anak kita. 

Salam Sayang,

Nur Fatin


0 comments:

Post a Comment