Vitamin B Kompleks Menggemukkan???

Assalamualaikum..

  Dulu sebelum saya mengkaji dengan lebih
mendalam mengenai vitamin B Kompleks Shaklee, saya sentiasa takut untuk mengambil vitamin ini. Saya sering terbaca malah mendengar pengalaman orang yang mengambil vitamin ini mengalami kenaikan berat badan. Memandangkan berat badan saya jenis yang cepat naik, memang saya akan cuba sedaya upaya untuk menolak mengambil vitamin B Kompleks.

  Semakin saya mengenali vitamin-vitamin Shaklee, menggali lebih banyak ilmu mengenai vitamin Shaklee, barulah saya tahu vitamin B Kompleks ini merupakan vitamin yang meningkatkan metabolisma tubuh malah membantu dalam proses penurunan berat badan. Cuma customer perlu tahu cara pemakanan yang betul agar mereka dapat menikmati kesan yang mereka inginkan daripada vitamin B kompleks ini.

Apa yang terkandung dalam vitamin B Kompleks.

  1. Thiamin - membantu menukarkan glukos kepada tenaga didalam badan dan memainkan peranan penting dalam fungsi sistem saraf
  2. Riboflavin - memainkan peranan penting dalam metabolisma tenaga
  3. Niasin - diperlukan oleh badan untuk metabolisma lemak, karbohidrat dan alkohol untuk menghasilkan tenaga.
  4. Biotin - diperlukan untuk proses metabolisma tenaga, metabolisma asid amino, sintesis lemak dan glikogen
  5. Pyridoxine - diperlukan untuk metabolisme protien dan karbohidrat
  6. Folate -  diperlukan dalam pembentukan sel darah merah
  7. Cyanocobalamin - diperlukan dalam proses pemecahan asid lemak dan asid amino bagi tujuan menghasilkan tenaga.
  8. Panthotenic asid - metabolisme karbohidrat dan protien

 Adakah benar Vitamin B Kompleks Menggemukkan?

  Satu faktor yang membantu penurunan berat badan dengan pengambilan vitamin B adalah vitamin B tersebut mengandungi semua komponen vitamin B seperti diatas. Setiap komponen yang terkandung dalam vitamin B saling berkait rapat antara satu sama lain. Jika salah satu komponen tersebut kurang, maka fungsi vitamin B untuk penurunan berat badan juga akan berkurangan

  Cara pengambilan vitamin B juga memainkan peranan dalam penurunan mahupun kenaikan berat badan. Seeloknya jika anda mengambil vitamin B, rujuk pada pengedar anda tentang cara pemakanan vitamin B agar anda dapat mencapai kenaikan berat badan atau penurunan berat badan yang anda
inginkan.

Kesimpulannya

  Pengambilan vitamin haruslah betul dan mengikut masa yang ditetapkan. Sering kali timbul kekeliruan bahawa vitamin B ini meningkatkan selera makan sehingga menyebabkan kenaikan berat badan. Pastikan anda tahu tubuh anda samada anda benar-benar lapar atau samada ia cuma false alert. Paling penting pengambilan air yang banyak membantu vitamin B ini bertindak dengan lebih berkesan.

Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 

0 comments:

Post a Comment