Tips Merawat Bayi Kembung Perut

Assalamualaikum..

  Masalah bayi kembung perut ni adalah masalah yang biasa dialami oleh mana-mana ibu pun. Bila bayi mula kembung perut, mulalah bayi meragam. Perkara-perkara sebegini kadang kala membawa masalah kepada ibu khususnya ibu yang masih dalam pantang kerana selain terpaksa menahan sakit bersalin yang masih belum sembuh sepenuhnya, ibu juga terpaksa menjaga anak yang meragam akibat kembung perut.



  Berikut adalah tips untuk merawat bayi yang kembung perut:

  • Selepas mandikan bayi, pastikan anda tuam bayi anda. Cara menuam perut bayi terpulang pada kesesuaian atau cara si ibu. Ada ibu yang menggunakan ramuan herba cintan yang dicampur dengan beberapa herba yang lain dan dijadikan bunjut, dipanaskan dan dituam pada perut bayi. Ada juga yang menggunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan disapukan sedikit dengan minyak kelapa
  • Selain itu selepas selesai bertuam, sapu minyak bayi untuk memanaskan perut dan lain-lain bahagian seperti di bawah pelipat, ditapak kaki bayi, di pelipat tangan dan di bahagian belakang pinggang. Jika rajin, insyaAllah bayi akan jarang kembung perut
  • Sebaik-baiknya, sendawakan bayi anda sebaik selesai menyusukannya. Angin yang masuk ketika menyusu dapat di keluarkan jika anda membantu bayi sendawa. Cara sendawa bayi amat mudah dan anda boleh melakukan mana yang anda rasa lebih selesa. Anda juga boleh tiarapkan bayi anda dipangkuan sambil menepuk-nepuk atau mengurut belakang bayi dengan perlahan.
  • Seringkali juga bayi kembung perut dikaitkan dengan pemakanan ibunya sendiri. Ibu sendiri perlu berpantang makanan yang berangin terutamanya ketika pantang. Sejauh mana kebenarannya, ibu dan anak itu sendiri yang tau. 
  • Kurangkan bayi dari terdedah dengan persekitaran yang sejuk contohnya bilik yang berpenghawa dingin. Seboleh-bolehnya kurangkan suhu penghawa dingin agar tidak terlalu sejuk. 

  Moga-moga tips ini dapat membantu anda merawat masalah kembung perut anak anda.


Salam Sayang,



**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 








0 comments:

Post a Comment