Tips dan Petua Menghilangkan Jerawat

Assalamualaikum..

  Jerawat oh jerawat..kalau satu jerawat je tumbuh kat muka, memang kita da rimas, rasa nak picit-picit je jerawat tu bagi cepat hilangkan. Bayangkan kalau muka lagi banyak jerawat, pastinya kita risau kan? pasti juga kita akan usahakan mencari alternatif bagaimana hendak merawat jerawat
tersebut.

  Berikut adalah tips merawat jerawat secara tradisional dan moden

KAEDAH TRADISIONAL 

  • Kulit kayu manis dan bedak sejuk - kikis kulit kayu manis dan campur dengan sedikit bedak sejuk. Letakkan dikawasan yang berjerawat, biar seketika kemudian bilas dengan air suam
  • Lidah buaya @ aloe vera - mempunyai khasiat yang membantu mengecutkan jerawat, lendir aloe vera sangat bagus untuk kesihatan kulit
  • asam jawa - ramas asam jawa dengan air suam, sapukan pada keseluruhan wajah yang berjerawat. Jika anda ingin membiarkan ia semalam pun boleh juga untuk mendapatkan kesan yang lebih baik
  • madu - ambil sesudu madu dan letakkan dikawasan berjerawat. Walaupun agak melekit, madu dapat mengecutkan jerawat dengan cepat
  • timun -  kisar timun dan guna hampas timun dan tempekkan ke muka, kemudian cuci dengan air suam
  • daun sirih - tumpuk beberapa helai daun sirih dan tempelkan pada muka dan amalkan tiga kali seminggu

KAEDAH MODEN
  • Krim jerawat - banyak krim yang dijual untuk mengatasi masalah jerawat. Namun anda perlu berhati-hati memilih krim yang betul kerana tidak semua krim sesuai untuk kulit anda
  • Serum - serum biasa digunakan dalam 3 atau 4 kali seminggu sahaja. Sesetengah serum berkesan menghilangkan jerawat. Seperti krim jerawat juga, tidak semua serum sesuai untuk kulit anda
  • Rawatan tiga langkah - krim pembersih, gel pemutih dan krim pelembab - kulit muka berjerawat dikaitkan dengan kebersihan kulit muka tersebut. Bersihkan kulit muka dengan pembersih yang sesuai dan pastikan anda memakai pelembab untuk mengelakkan kulit muka berminyak dan kering
  • rawatan laser - membantu membunuh jerawat dari dalam. Walaubagaimana pun rawatan ini sangat mahal dan tidak semua orang mampu mendapatkannya
SET KECANTIKAN SHAKLEE

  Terdiri daripada Vitamin C, Vitamin B dan Vitamin E, Set kecantikan Shaklee ini ternyata banyak membantu mereka yang mengalami masalah jerawat. Selain ianya selamat digunakan, dan set ini bukan saja memberi kesihatan pada kulit wajah tetapi juga kepada tubuh badan kita. Setiap vitamin ini berfungsi
  • Vitamin C - meningkatkan sistem imum, sebagai kolagen semulajadi untuk mencantikkan kulit dan membantu penyembuhan bekas jerawat
  • Vitamin E - membantu memudarkan bekas jerawat
  • Vitamin B - memberikan kesan glowing pada kulit wajah secara semulajadi
  Untuk melihat testimoni set kecantikan kulit, boleh ke link  Set D  ataupun ke link Set Kecantikan 

  Apa pun pilihan kita untuk merawat masalah jerawat, yang penting kita tahu bahawa ia serasi untuk kulit wajah kita dan ia selamat digunakan. Pastikan anda baca terlebih dahulu sebarang info tentang produk yang anda gunakan untuk merawat jerawat anda sebelum anda mengambilnya. Untuk saya sendiri, saya amalkan kaedah tradisional dan mengambil suplemen Set kecantikan kulit. Alhamdulillah, masalah jerawat tidak pernah timbul setelah konsisten mengamalnya.



Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 

0 comments:

Post a Comment