Punca Keguguran Rambut

Assalamualaikum..

  Mesti rasa agak stres kan bila masa kita sikat-sikat rambut, banyak rambut yang gugur, lebih-lebih lagi lepas kita mandi. Lagi stres kalau kita tengok kat bilik air atau lantai, banyak sangat rambut yang gugur. Kalau rambut kita jenis tebal, masih boleh tahan lagi, tapi kalau memang jika jenis rambut pun sikit atau nipis, asyik gugur je, silap-silap boleh botak juga kepala kita dibuatnya kan?



  Apa sebenarnya punca masalah keguguran rambut ni? Banyak punca yang boleh menjadi faktor penyumbang. Antaranya:

1. Melahirkan anak
  • Perkara ini dialami oleh semua wanita yang melahirkan anak. Ini berlaku kerana pada 6bulan pertama, hormon dalam tubuh masih tidak lagi seimbang dan menyebabkan keguguran rambut.
  • Selepas kelahiran anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang amat lama. Dalam masa itu, fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan dan pada peringkat ini keguguran rambut adalah sangat teruk. Ada sesetengah wanita boleh mengalami keguguran rambut sehingga selepas setahun kelahiran bayi, tetapi kebanyakan kes situasi ini berlaku sehingga 6 bulan sahaja
2.  Penyakit tiroid
  • Penyakit tiroid juga disebabkan oleh gangguan hormon. Gangguan hormon yang terlalu aktif dan pasif juga boleh menyumbang kepada keguguran rambut
3. Pemakanan yang tidak seimbang
  • Pengambilan makanan yang tidak seimbang seperti makanan terlalu berminyak atau kurang khasiat boleh menyebabkan keguguran rambut. Makanan yang terlalu banyak bahan perasa seperti MSG adalah tidak baik untuk kesihatan rambut dan kesannya akan menyebabkan keguguran rambut yang kronik. 
  • Pengambilan protien yang tidak cukup meningkatkan risiko keguguran rambut disebabkan protien merupakan antara komponen yang penting dalam pertumbuhan sel-sel rambut yang baru setelah sel rambut yang lama telah rosak
4. Ubat-ubatan
  • Pesakit yang terlalu lama mengambil ubat-ubatan yang berkaitan dengan penyakit kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah adalah penyumbang kepada keguguran rambut.
  • Mengambil steroid juga akan menyebabkan akar rambut mati dan rambut semakin gugur
5.  Rawatan Kanser
  • Sering kali kita lihat, mereka yang menjalankan rawatan kanser iaitu rawatan kimoterapi akan menyebabkan rambut mereka gugur dengan teruknya. 
  • Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala
6. Pemilihan produk rambut yang salah
  • Rambut kita pada asalnya adalah kuat. Tetapi masalah akan timbul sekiranya rambut sering dilunturkan dengan warna rambut dan kerap menggunakan produk penggaya rambut seperti menluruskan rambut atau mengeritingkan rambut.
  • Proses ini mungkin tidak menyebabkan keguguran rambut dari akar tetapi akan menyebabkan rambut anda putus
image google : mewarnakan rambut boleh menyebabkan keguguran rambut


7. Rambut yang kekurangan vitamin
  • Faktor pemakanan seimbang sangat penting untuk kesuburan rambut. Untuk mendapatkan rambut yang sihat, amalkan pemakanan yang sihat seperti bijiran atau buah-buahan dan sayuran serta makanan yang berprotien tinggi seperti yogurt, daging, ikan dan tauhu. 
  • Sekiranya sukar untuk mengamalkan diet seimbang, ambillah suplemen yang bagus untuk rambut seperti Biotin, Niasin, Zink, Vitamin A dan Vitamin E
  Untuk mendapatkan rambut yang sihat sebenarnya amat mudah. Kunci utamanya adalah amalkan gaya hidup yang sihat dan juga jaga pemakanan harian anda. Selain itu, rambut kita semulajadinya sangat kuat. Namun akibat proses mewarna dan mengubah fesyen rambut, rambut akan menjadi semakin rapuh. Kurangkan proses mewarna kerana pewarna rambut itu sendiri mempunyai bahan kimia.

  InsyaAllah pada entri akan datang, saya kongsikan bagaimana untuk mengurangkan masalah keguguran rambut.


Salam Sayang,



**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 








0 comments:

Post a Comment