Produk Shaklee Tak Sesuai Untuk Pesakit Buah Pinggang???

Assalamualaikum..

  Saya seringkali mendapat pertanyaan adakah suplemen Shaklee ni selamat untuk pesakit buah pinggang? Seringkali apabila saya consult customer, saya sering nasihati mereka untuk mengambil air yang cukup sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi mengelakkan darah menjadi pekat.


  Tapi untuk kes pesakit buah pinggang pula, mereka tidak boleh mengambil air yang banyak kerana keupayaan buah pinggang mereka untuk memproses air amat lemah. Jadi, adakah pesakit buah pinggang boleh mengambil suplemen Shaklee yang memerlukan mereka untuk minum air yang banyak.


  Untuk pengetahuan, suplemen Shaklee adalah selamat diambil oleh semua golongan termasuklah pesakit buah pinggang. Ini adalah kerana suplemen Shaklee merupakan suplemen yang semulajadi, selamat dan tidak ada kesan sampingan. Buktinya ramai pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis yang mengamalkan suplemen Shaklee kini beransur sihat.

  Memandangkan pesakit buah pinggang tidak boleh minum air yang banyak, pengambilan suplemen juga haruslah bermula dengan dos yang rendah. Mereka tidak seperti orang lain yang boleh mengambil dos yang disarankan oleh pengedar ataupun dos yang disarankan dalam botol suplemen Shaklee. Sebaik-baiknya, konsultasi penuh perlu diberikan kepada pesakit buah pinggang tentang pengambilan dos suplemen yang betul dan pengambilan air yang tidak memudaratkan buah pinggang mereka.

  Sesetengah pesakit buah pinggang mempunyai komplikasi penyakit yang lain. Kebiasaannya ada yang menghidap diabetes kronik sehingga menyebabkan kegagalan buah pinggang. Untuk kes sebegini, boleh disyorkan satu suplemen yang boleh mengurangkan komplikasi diabetes dan buah pinggang dalam satu masa. Kebiasaannya saya akan syorkan Vivix. Kenapa Vivix?

  Vivix merupakan suplemen yang berbentuk cecair. Vivix mampu menembusi ke DNA sel bagi membaik pulih sel. Selain membantu menurunkan bacaan diabetes, Vivix juga mampu membantu mengurangkan komplikasi buah pinggang yang bocor. Kebanyakan pesakit buah pinggang lebih gemar mengambil Vivix kerana ia amat mudah dimakan.








  Banyak kajian yang telah dijalankan oleh Shaklee bagi memastikan produk Shaklee ini selamat diambil oleh semua golongan termasuklah mereka yang mempunyai penyakit kronik. Sebolehnya sebagai pengedar, kita perlu tahu kondisi pesakit sebelum mengsyorkan mereka dengan pelbagai suplemen. Ambil kira tentang sejarah kesihatan mereka, agar dengan cara ini dapat membantu mereka mengurangkan rasa sakit yang mereka alami dengan bantuan suplemen.

  Jika anda masih ragu-ragu tentang suplemen Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk segala pertanyaan. InsyaAllah, saya akan cuba terangkan dengan lebih lanjut mengenai suplemen Shaklee yang sesuai untuk anda.



Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 



0 comments:

Post a Comment