Masker Shaklee..Rahsia Kulit Halus Serta Merta

Assalamualaikum..

  Peminat vitamin Shaklee sudah pastikan tahu bahawa vitamin Shaklee ni bukan saja boleh dimakan, malah boleh dibuat masker. Antara vitamin yang paling famous dibuat masker adalah Vitamin C, Vitamin E, ESP dan Vivix. Boleh tengok testimoni pengguna masker vitamin Shaklee DISINI juga. Ada 2 lagi produk Shaklee yang sangat menarik untuk dijadikan masker. Ia adalah Kolagen Shaklee dan juga Toner Enfuselles Shaklee.



Apa istimewanya Toner Enfuselles Shaklee ini?
  • Terbukti secara klinikal
  • menuetralkan kemudaratan kulit akibat tindak balas dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • menyegarkan dan menghaluskan kulit dengan ekstraklikoris, ginseng dan witch hazel
  • meminimumkan saiz liang-liang kulit
  • membantu mengawal kilaun minyak
  Untuk Kolagen Shaklee pula, pastinya ramai yang tahu, saiz kolagen yang begitu kecil mampu menembusi rongga kulit hingga membantu menutup liang-liang roma kulit. Kolagen juga membantu menganjalkan kulit disamping memberi kelembutan kepada kulit.

Masker Enfuselles dan Kolagen.

  Jika anda inginkan kelainan masker Shaklee, kombinasi dua produk Shaklee ini juga membantu mendapatkan kulit yang halus mulus. Bagaimana caranya.
  • Satu paket kolagen boleh dibahagikan kepada 4 bahagian. Maksudnya dengan satu paket kolagen, boleh buat 4 kali masker. Jimat kan?
  • Ambil beberapa titisan toner Enfuselles dan basahkan masker. Gaul sebati dan boleh lah disapu ke kulit wajah.
  Senang tak? Anda tahu apa hasilnya?? Kulit wajah akan menjadi halus, tegang dan licin. Jika anda rajin mengamalkannya setiap hari, pori kulit anda juga semakin mengecil. Bukan itu saja, jika anda mempunyai masalah jerawat, masker ini juga membantu memudarkan bekas jerawat yang degil.

  Tak sangka kan, dengan koleksi vitamin Shaklee dan koleksi penjagaan kulit wajah Shaklee, anda boleh membuat masker sendiri. Tak perlu lagi ke spa untuk bermasker kerana anda kini boleh membuat masker dan yang pastinya masker anda adalah selamat untuk digunakan tanpa bahan kimia.

  Jadi jika anda masih tercari-cari masker yang sesuai untuk anda, mungkin masker Kolagen dan Enfuselles ini boleh menambat hati anda? Boleh hubungi saya untuk pembelian produk ye.


Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 












0 comments:

Post a Comment