Lelaki Pun Ada Suplemen?

Assalamualaikum..

  Suplemen ni kebiasaannya sering dikaitkan dengan wanita. Kalau tengok testimoni mengenai suplemen pun, rata-rata yang memberi testimoni dari golongan wanita. Biasa terjadi sebab kebanyakan testimoni banyak berkisar tentang kecantikan. Maklumlah wanita dengan kecantikan tak dapat dipisahkan kan? Ada juga testimoni suplemen lain untuk kehamilan, penyusuan, perlangsingan..jadi tak hairan lah pengambilan suplemen ni amat dekat dengan wanita.

  Walaupun kebanyakan testimoni pengambilan suplemen ini adalah wanita, lelaki juga ada suplemen mereka. Setiap vitamin Shaklee ini boleh dimakan samada lelaki atau wanita, namun kesan kepada tubuh masing-masing itu mungkin berbeza. Contohnya untuk lelaki Shaklee menawarkan vitamin E, Omega dan Zink Kompleks.  Apa kah fungsi setiap vitamin ini pada kaum adam??



Omega Guard

  • memelihara kesihatan jantung dan kardiovaskular. Omega dapat mengurangkan radang dan inflamasi diseluruh tubuh yang biasanya berlaku disekitar salur darah dan jantung. 
  • Menurunkan paras trigliserida -  Pengambilan omega yang konsisten mampu menurunkan paras trigliserida sebanyak 20% - 50%. Selain itu ia juga mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) yang membantu memelihara kesihatan jantung
  • Meningkatkan kesihatan mental -  Menurut kajian, lelaki sebenarnya lebih ramai mengalam tekanan perasaan berbanding wanita.  Bezanya, lelaki menangani depresi dengan cara yang berbeza.  Apabila lelaki mengalami deprasi, situasi tersebut menyebabkan paras DJA dan EPA menjadi rendah dan menggangu fungsi otak
  • Mengurangkan simptom arthritis -  Semakin kita berusia, mudah untuk mendapat sakit sendi dan radang sendi. Pengambilan Omega mampu membantu mengurangkan radang sendi secara signifikan.

  • Vitamin E merupakan salah satu antioksidan yang baik dalam menangani radikal bebas yang merosakkan sel.  Antara fungsi terbaik vitamin E ialah meningkatkan sistem imunisasi lelaki. Pengambilan vitamin E pada kadar yang sesuai mampu meningkatkan kadar daya ketahanan tubuh dari diserang penyakit
  • Vitamin juga meningkatkan kesihatan jantung. Pengambilan vitamin E secara berterusan mampu meningkatkan kesihatan jantung, melancarkan peraliran darah yang baik dan mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengurangkan radikal bebas. Untuk lelaki yang suka bersenam, badan akan melepaskan produk sampingan yang bertoksik hasil daripada metabolisma tubuh. Radikal bebas ini boleh menyerang dan merosakkan sel. Jadi, pengambilan vitamin E adalah sangat penting dalam menyingkirkan kesemua radikal bebas.
  • Meningkatkan kesuburan lelaki.  Radikal bebas mampu merosakkan sel termasuk sel sperma. Menurut kajian, pengambilan vitamin E mampu meningkatkan kesihatan sel sperma dan sekaligus memperbaiki tahap kesuburan lelaki.

  • Meningkatkan kualit sperma.  Sperma merupakan harta semua lelaki. Pengambilan zink yang mencukupi mampu meningkatkan kiraan sperma, kualiti sperma dan morfologi sperma sekaligus meningkatkan kesuburan lelaki secara keseluruhan.
  • Meningkatkan kesihatan prostat.  Menurut kajian kandungan zink dalam tisu prostat adalah lebih tinggi berbanding kandungan zink dalam tisu lembut yang lain. Orang yang mempunyai tahap zink yang rendah dalam tisu prostat cenderung dan berisiko tinggi untuk mendapat kanser prostat. Jadi, pengambilan zink yang mencukupi amat penting untuk memastikan kesihatan prostat. Sifat zink sebagai antioksidan juga mampu melawan radikal bebas yang boleh menyerang sel dan menyebabkan kanser. 

  Jadi, jangan fikir lelaki tak ada suplemen untuk mereka. Pengambilan suplemen akan membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan dan fungsi tubuh. Ingin memberikan suplemen ini kepada suami anda? abang, adik, atuk mahupun ahli keluarga, boleh hubungi saya untuk pertanyaan produk.



Salam Sayang,




**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 

0 comments:

Post a Comment