Bisnes Online - Penjana Pendapatan Zaman Gawat

Assalamualaikum..

  Sekarang ni boleh katakan bisnes secara online sudah menjadi trend. Kalau dulu kebanyakan bahanya di iklankan melalui facebook dan blog, kini perkembangan teknologi membantu peniaga untuk mempromosikan produk mereka dengan menggunakan sosial media seperti Instagram, Whatsapp Group, YouTube dan beberapa saluran media lain.

Medium media sosial untuk perniagaan online 


  Mengapa bisnes online kini semakin mendapat sambutan? Ini adalah kerana pada masa kini, majoriti daripada kita mempunyai akaun sosial media. Pengiklanan secara online merupakan antara kaedah mudah untuk kita mencari pelanggan dan membuat pembelian. Pembeli akan sentiasa ada, dan jika anda merupakan seorang yang aktif berbisnes, bisnes online adalah medium untuk anda menjana pendapatan sampingan khususnya pada ekonomi yang tidak menentu ini.

  Bagi surirumah pula, bisnes online merupakan antara cara untuk mereka menjana pendapatan sampingan. Sebenarnya pada masa kini, bukan suri rumah saja yang ingin menjana pendapatan sampingan, mereka yang bekerja malah para pelajar juga ramai yang menjalankan perniagaan online ini untuk mendapatkan pendapatan.Bisnes online ni sangat mudah dijalankan, kerana anda tak perlu keluar untuk menjual, atau berjumpa dengan penjual. Anda perlu sebuah laptop dan internet untuk menjalannya.



  Kebanyakan yang menjalankan perniagaan online ini inginkan masa yang flexible. Dengan keadaan semasa dimana semua perkara boleh diakses dihujung jari, perniagaan online adalah pilihan yang tepat untuk mendapatkan sumber pendapatan. Namun untuk memastikan anda dilandasan yang betul, kenal pasti perkara-perkara ini dulu sebelum menjalankan perniagaan online

  1. Pilih produk -  pilih produk yang sentiasa mendapat sambutan yang tinggi dari pelanggan. 
  2. Modal yang sedikit - jika anda baru berjinak-jinak dengan perniagaan online, cari perniagaan online yang memerlukan modal yang sedikit. Jika anda sudah yakin dengan perniagaan andaa, bolehlah memperkembangkan perniagaan online anda
  3. Elakkan membuat pinjaman - mulakan dengan perniagaan yang kecil terlebih dahulu. Jika tidak perlu, tak perlu membuat pinjaman pada pihak bank sehingga perniagaan anda betul-betul stabil
  4. Bersedia untuk persaingan - perniagaan online juga sama seperti perniagaan yang lain kerana banyak saingan daripada peniaga online yang lain. Anda kena bijak menjadi kretif dan sentiasa rajin memasarkan barang anda
  5. Gambar yang cantik - Jika anda lihat perniagaan online seperti di Instagram, kebanyakan gambar yang diambil adalah cantik dan berkualiti. Ini mempengaruhi jualan produk barang anda juga
  6. Blog - Blog adalah kedai online anda kerana dalam blog anda boleh masukkan sekali testimoni pelanggan anda.
  Jika anda boleh bersedia menghadapi perkara diatas, maka anda sudah boleh menjalankan perniagaan online anda. Perniagaan online ini dapat menjana pendapatan jika anda benar-benar serius. Apa yang penting, anda harus mempunyai minta dan keiinginan dalam menjual produk anda. 

  Masih tercari-cari perniagaan online yang sesuai untuk anda? Mungkin Shaklee adalah jawapannya. Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut.


Salam Sayang,


0 comments:

Post a Comment