Benarkah Nasi Mempengaruhi Proses Penurunan Berat Badan??

Assalamualaikum..

  Kalau tanya ada orang yang berdiet atau mereka yang ingin kurus, rata-ratanya takut untuk mengambil nasi, kononnya nasi ni adalah penghalang untuk penurunan berat badan. Sebab itu bila kita tanya pada mereka yang ingin turunkan berat badan, majoriti tak akan ambil nasi atau sumber-sumber berunsurkan karbohidrat.



  Fakta sebenarnya nasi ni selamat untuk dimakan oleh mereka yang berdiet asalkan kita tahu mengimbangi diet harian. Sedikit fakta tentang nasi yang perlu kita tahu

Adakah Nasi Menggemukkan??

  • nasi adalah rendah lemak dan bebas kolestrerol. Nasi adaah sumber tenaga yang baik untuk kandungan karbohidrat
  • karbohidrat membantu badan untuk melaksanakan fungsinya dan baik untuk pertumbuan dan keseimbangan pola pemakanan
Adakah kandungan garam dalam nasi tinggi?
  • Nasi adalah makanan yang tidak mengandungi garam
  • Nasi adaah sangat selamat untuk dimakan oleh orang-orang yang mengamalkan diet rendah garam
Bagaimana pula dengan kandungan protien dalam nasi?
  • Selepas karbohidrat, protien adalah nutrien yang kedua paling biasa dijumpai didalam nasi
  • Kebaikan protein nasi dianggap berkualiti tinggi berbanding bijirin yang lain
  • Nasi juga bijirin yang tidak mengandungi alahan seperti bijirin atau lain-lain yang dipanggil gluten
  Bila tengok fakta tentang nasi ni, nasi bukanlah sumber makanan yang 'bahaya' untuk mereka yang berdiet. Malah untuk mereka yang melalui proses penurunan berat badan, jumlah nasi yang disyorkan untuk diambi adalah sebesar segenggam tangan kita. Paling utama  dalam penurunan berat badan, badan kita memerlukan semua nutrien untuk menjalankan metabolismanya.

  Jadi untuk mereka yang masih takut-takut untuk makan nasi ketika dalam proses penurunan berat badan, jangan takut pada nasi..makan dalam jumlah yang betul, dan jangan lupa lakukan senaman.



Salam Sayang,



**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 

0 comments:

Post a Comment