5 Resepi Semasa Dalam Pantang

Assalamualaikum..

  Waktu saya berpantang selepas bersalin secara pembedahan, saya fikir menu berpantang yang hanya boleh saya makan adalah menu yang ada ikan haruan. Maklumlah ikan haruan dapat menyembuhkan luka pembedahan dengan cepat. Jadi sepanjang pantang, boleh katakan hanya ikan haruan saja yang saya makan. Rupanya, banyak lagi resepi pantang yang boleh dimakan. Kali ni saya sertakan beberapa resepi berpantang untuk rujukan anda.


imej carian google 
1. Sup Ikan Haruan

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan haruan
  • 3 tangkai daun sup - dihiris
  • 3 biji bawang merah - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 1 1/2 cm halia - dikisar
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • minyak masak
Cara memasak
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau
  • masukkan air, biar hingga mendidih dan kemudian masukkan ikan, lada hitam dan garam
  • Setelah ikan masak, taburkan hirisan daun sup

2. Ikan Bawal Masak Stim

Bahan-baham

imej carian google
  • Ikan bawal seekor 
  • sesudu teh lada hitam ditumbuk
  • garam
  • setengah inci halia
  • seulas bawang putih
  • sedikit hirisan bawang
  • daun sup dan daun bawang
Cara memasak
  • Gaul semua bahan dan lumurkan ikan dengan bahan-bahan tersebut
  • Masukkan bahan dalam bekas untuk mengukus
  • kukus ikan sehingga masak

3. Ikan bakar

Bahan-bahan
imej carian google
  • ikan haruan, bawal, siakap, merah atau tenggiri
  • 1sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • garam secukupnya
Cara memasak
  • Gaul semua bahan dan lumurkan pada ikan
  • perap selama 30minit
  • bakar sehingga ikan masak. Boleh juga gunakan oven untuk membakar

4. Daging masak lada hitam

Bahan-bahannya
imej carian google
  • Daging lembu - 200-500gram
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
Cara memasak
  • Daging dipotong nipis dan dibersihkan
  • panaskan minyak dan goreng daging hingga garing dan angkat
  • masukkan bawang besar dan bawang putih pada minyak bekas goreng tadi
  • masukkan lada hitam, sos tiram dan akhirnya daging

5. Sup Ikan Merah

Bahan-bahan
imej carian google
  • Bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • lada hitam
  • 3 potong ikan merah
  • serai dan lengkuas
  • daun sup dan daun bawang
Cara memasak
  • Kisar bawang putih, bawang merah dan halia
  • Tumiskan bahan yang telah dikisar
  • masukkan air, dan masukkan ikan
  • tunggu hingga ikan masak kemudia boleh letak daun sup dan daun bawang

  Tiba-tiba rasa lapar pula bila tengok resepi berpantang ni. Not bad juga kan makanan dalam pantang. Kalau tau dulu, memang dah pelbagaikan makanan dalam pantang. Takdelah nak makan ikan haruan je. Ini cuma sedikit resepi yang boleh saya kongsikan. Banyak lagi resepi makanan dalam pantang yang lain. Kena rajin bertanya pada orang tua ataupun boleh google sahaja,

  Selamat mencuba





Salam Sayang,



**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 





0 comments:

Post a Comment