5 Jenis Senaman Yang Membantu Penurunan Berat Badan Dengan Lebih Cepat

Assalamualaikum..

  Saya percaya, rahsia untuk mendapatkan penurunan berat badan yang berkesan adalah dengan caya mengawal pemakanan harian kita. Namun untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih firm dan tidak mengelebeh terutama sekali jika berat badan kita dalam kategori obes, senaman amat penting dalam membentuk tubuh badan yang lebih menarik.



  Banyak sebenarnya aktiviti senaman yang boleh dipraktikkan bagi membantu penurunan berat badan dengan lebih berkesan. Kebanyakan senamana ini boleh dilakukan dimana sahaja. Jadi sebenarnya tiada alasan untuk kita tidak bersenam. Antara senaman yang boleh membantu penurunan berat badan yang berkesan adalah seperti berikut:

1. Push - up / Tekan Tubi
Senaman ini merupakan senaman yang paling biasa dilakukan khususnya untuk kesihatan kardio. Push up bukan saja bagus untuk membakar lemak, ia juga menguatkan bahagian lengan, bahu dan dada. Amalkan push-up dalam 10kali sehari dalam 3 set sudah cukup untuk membantu kita menurunkan berat badan. Namun, ia juga bergantung kepada kemampuan masing-masing

2. Bridge
Senaman bridge baik untuk menguatkan bahagian abdomen, otot-otot kaki yang bersambung dengan lutut, bahagian bawah otot, belakang dan membantu untuk mendapatkan pinggul yang cantik. Cara melakukan bridge adalah dengan baring dalam keadaan lurus, angkat punggung, tangan disisi, pastikan badan lurus. Tahan 30 saat pertama dan perlahan-lahan turunkan badan. Amalkan dalam 10 kali sehari mengikut kemampuan anda

3. Squat
Merupakan antara senaman yang wajib ada. Kebaikan squats ialah ia mencantikkan punggung, membentuk paha dan kaki yang cantik. Namun anda perlu tahu teknik senaman squat yang betul. Kaki hendaklah dibuka dan pastikan lutut diturun dan dibengkokkan tidak melebih jari kaki. Tangan boleh diluruskan ke depat. Amalkan 10-15kali bagi satu sesi untuk 3 set

4.  Walking Lunges
Lunges seperti squats juga cuma dilakukan dengan satu kaki membengkok. Sekali lagi pastikan lutut tidak melebihi hujung jari kaki dan lutut satu lagi tidak mencecah lantai. Lutut dibengkokkan dalam 90 darjah. Amalkan senaman ini dalam 10kali sehari

5. Senaman Kerusi
Senaman jenis ini bagus untuk kekuatan lengan, perut dan kaki. Ia amat mudah dan boleh dilakukan dimana-mana saja.

  Rahsia untuk mendapat penuruan berat badan yang cepat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, 80% daripadanya adalah dengan mengawal pemakanan kita manakala 20% lagi dengan senaman. Amalkan juga senaman diatas bagi mendapatkan bentuk badan yang lebih cantik.


Salam Sayang,



**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 





0 comments:

Post a Comment