5 Cara Mendidik Anak Gaya Nabi

Assalamualaikum..


 Anak adalah amanah dan tanggungjawab yang Allah telah berikan kepada kita. Sebaik mungkin kita ingin mendidik mereka menjadi anak soleh dan solehah yang akan mendoakan kita apabila kita sudah tidak ada didunia lagi. Justeru, cara yang terbaik mendidik anak khususnya bagi agama Islam adalah dengan cara dan gaya nabi mendidik anak.


1. Memberikan anak kasih sayang dan ciuman

Beberapa orang Badui datang kepada Rasulullah saw. Mereka bertanya, "Apakah kalian mencium anak-anak kalian?". "Ya" jawab Rasulullah. 

Setiap hari ciumlah anak anda dengan penuh kasih sayang, belai lah mereka, terutama sekali untuk ibubapa yang seharian bekerja, bila balik dari kerja, peluklah anak-anak, nyatakan kepada mereka bahawa anda merindui mereka dan sayangkan mereka.

2. Bermain dan bergurau dengan anak


Abu Hurairah r.a berkata. "Saya mendengar dengan kedua telingaku dan melihat dengan kedua mataku bahawa Rasulullah s.a.w memegang dengan kedua tangannya, kedua telapak cucunya Hassan atau Husain, dan kedua telapak kaki mereka di atas telapak kaki Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w berkata 'Naiklah!"Maka keduanya naik hingga keduanya meletakkan kakinya di dada Rasulullah

Anak-anak lumrahnya ingin bermain. Dunia mereka sangat indah dengan pelbagai imiginasi. Ambilah sedikit waktu dan masa untuk bermain bersama mereka. Pada zaman sekarang, kebanyakkan ibu bapa hanya memberikan gadget kepada anak mereka dan tidak meluangkan masa untuk bermain dengan mereka

3. Memberi hadiah, penghargaan dan pujian kepada anak

Al Hasan atau Jabin bin Abdullah berkata, "Saya shalat zhuhur atau asar bersama Rasullullah s.a.w. Selesai salam beliau kepada kami..Tetaplah ditempat kalian!"Kemudian beliau membagikan manisan tersebut sesendok kepada setiap yang hadir. Ketika sampai kepadaku )saat itu aku masih kanak-kanak), beliau memberiku satu senduk kemudian berkata "Apakah kamu ingin tambah?' Ya..jawabku. Kemudian beliau menambah satu senduk lagi dan berkata kembali "Apakah kamu ingin tambah?". "Ya"jawabku. Beliau menambah satu senduk lagi dan terus dilakukan beliau hingga sampai pada sahabat yang terakhir

Setiap anak pasti akan berasa gembira jika diberi hadiah, pujian dan penghargaan. Sesekali bila anak meraih kejayaan dalam pelajaran atau apa pun bidang yang diceburinya, pujilah anak atau berikan reward pada anak atas pencapaian. Sekurang-kurangnya anak tahu bahawa kita bangga pada mereka

4. Mengusap kepala anak

Anak r.a berkata. "Bahwa Rasulullah s.a.w mengunjungi sahabat Anshar. Ia mengucapkan salam kepada anak-anak mereka dan mengusap kepala mereka"(H.r. Ibnu Hibban)

Usapan pada kepala anak menunjukkan rasa sayang kita pada mereka dan mereka tahu bahawa kita sayangkan mereka

5. Pengawasan khusus bagi anak perempuan dan anak yatim

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya saya menekankan kalian akan hak dua orang yang lemah ini, iaitu anak yatim dan anak perempuan"(H.r. Al-Hakim, Al Baihaqi, Imam Ahmad, dan Ibnul Hibban)


 Didiklah anak dengan cara nabi kerana ia adalah didikan yang terbaik. Sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak kerana doa anak yang soleh dan solehah adalah bekalan kita pada hari akhirat nanti.


Salam Sayang,























0 comments:

Post a Comment