Tips Penyusuan : Persediaan Penyusuan Susu Ibu Ketika Hamil

Assalamualaikum..

  Ramai dikalangan ibu-ibu yang menyimpan niat untuk menyusukan anak mereka secara ekslusif sehingga lengkap 2 tahun penyusuan. Untuk menjayakan niat itu, persediaan tentang ilmu penyusuan haruslah lengkap sedari dari proses kehamilan itu sendiri.



  Berdasarkan pengalaman saya sendiri, sejak mengetahui hamil, memang saya dah set dalam minda saya yang saya ingin menyusukan anak saya secara ekslusif selama 2tahun. Saya mula mencari ilmu tentang penyusuan, menyertai group-group penyusuan di facebook dan belajar tentang ilmu mengepam susu kerana saya seorang ibu yang bekerja. Alhamdulillah, saya diberi peluang menyusukan anak saya secara ekslusif selama 2 tahun penuh dan kini meneruskan penyusuan susu ibu walaupun anak saya sudah berusia 4tahun.

  Selain daripada mindset agar kita dapat menyusukan anak secara ekslusif, antara tips yang saya amalkan adalah seperti berikut:

  • Banyak membaca info tentang penyusuan, cara penyimpanan susu, jenis pam susu yang sesuai, cooler bag, plastic storage dan cara penyimpanan susu ibu
  • Semasa hamil, penting untuk anda jaga payudara anda. Pakai coli yang sesuai kerana pada usia kehamilan, payudara akan semakin membesar. Sentiasa bersihkan puting payudara anda agar tidak tersumbat bagi memastikan air susu keluar dengan lancar 
  • Ketika hamil, sesetengah orang badan sudah berupaya menghasilkan susu seawal 7bulan kehamilan. Susu pertama yang dihasilkan mengandungi kolostrum yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi. Kolestrom mengandungi bahan yang dapat melindungi bayi daripada sebarang penyakit. Jadi penting untuk menyusukan bayi seawal kelahirannya agar bayi mendapat khasiat kolestrum dari susu ibu
  • Rangka jadual penyusuan untuk bayi anda. Jika anda seorang ibu yang bekerja, rangka jadual untuk mengepam susu untuk dijadikan stok kepada anak ketika anda bekerja
  • Sokongan suami dan keluarga sangat penting dalam menjayakan penyusuan. Elakkan stress, sentiasa berfikiran positif dan jangan berhenti mencari ilmu tentang penyusuan susu ibu
  • Amalkan pemakanan yang sihat yang boleh menggalakkan pengeluaran susu. Selain daripada pemakanan yang sihat, pengambilan suplemen juga membantu dalam pengeluaran susu ibu. Antara suplemen yang dicadangkan adalah ESP Shaklee.



  Menjayakan penyusuan susu ibu itu mudah jika kita sendiri bersedia dari segi mental dan fizikal. Paling penting, set dalam diri kita berserta usaha agar kita dapat menyusukan anak kita secara ekslusif. Jika anda mempunyai masalah, berjumpa la dengan pakar laktasi agar anda sentiasa kekal positif dalam menjayakan penyusuan bayi anda.

  Anda ingin mengetahui lebih banyak tips penyusuan? jangan segan silu hubungi saya, dan saya akan kongsikan pengalaman saya menyusukan anak saya sehingga dia berusia 4tahun.


Salam Sayang








**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administation. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 

0 comments:

Post a comment