Perlukah Saya Mengambil Suplemen Ketika Saya Hamil??

Assalamualaikum,

  Saat mengetahui diri hamil, pastinya kita terfikir samada perlu atau tidak untuk kita mengambil vitamin sepanjang tempoh kehamilan. Ada sesetengah ibu berpendapat bahawa tidak perlu mengambil apa-apa suplemen ketika hamil kerana khasiat dan nutrisi untuk bayi dalam kandungan boleh diperolehi daripada pemakanan yang seimbang.



  Namun perlu untuk kita ambil kira juga, tidak kira samada anda ibu bekerja atau suri rumah sepenuh masa, proses kehamilan itu mempunyai pasang surutnya. Selama tempoh 9bulan 10hari mengandungkan anak pastinya ibu akan melalui simptom-simptom seperti loya, kurang selera makan, kekurangan Hb darah, masalah cramp atau kejang ketika kehamilan, mood swing dan beberapa masalah kehamilan lain lagi. Atas faktor-faktor ini, ibu hamil digalakkan untuk mengambil suplemen kehamilan bagi mebantu mereka menggantikan nutrien yang mereka tidak perolehi daripada makanan harian mereka.

Kenapa perlu ambil suplemen? Apakah suplemen yang perlu saya ambil ketika disahkan hamil?

  Kebiasaannya, pada trimester pertama kehamilan, ibu-ibu perlu mengambil asid folik. Asid folic 400mg kebiasaanya disyorkan pada peringkat awal kehamilan bagi mengurangkan risiko kecacatan bayi dalam kandungan. Penting untuk mengambil asid folic ini kerana ia membantu pertumbuhan tulang belakang dan otak bayi.

  Masalah bacaan hemoglobin rendah juga amat sinonim sekali bagi wanita hamil. Hemoglobin yang rendah boleh mengakibatkan kesukaran darah mengangkat oksigen untuk si ibu. Kekurangan oksigen juga mempengaruhi tumbesaran bayi dalam kandungan. Bacaan hemoglobin yang rendah akan menyebabkan ibu kelihatan pucat dan tidak bermaya.

  Anda gemar minum susu ketika hamil?? Ramai yang kurang gemar minum susu untuk mendapatkan sumber kalsium bagi kekuatan tulang si ibu dan juga bayi dalam kandungan. Walaupun sumber kalsium itu boleh diperolehi dari sumber makanan yang lain, perlu kita tahu berapa banyak kalsium yang diperlukan oleh tubuh kita. Jika kita kekurangan kalsium, ia boleh menyebabkan kekejangan otot dan kerapuhan gigi ibu itu sendiri.  Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

  Asid lemak juga amat disyorkan diambil ketika kehamilan untuk pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga dapat membantu ibu mengawal berat badan ketika hamil.

Set Kehamilan Shaklee
  Set kehamilan Shaklee lengkap dengan nutrien yang diperlukan sepanjang kehamilan. Ia terdiri daripada:

  • B Kompleks - yang merupakan asid folic
  • Ostematrix - yang merupakan sumber kalsium
  • Vitalea - merupakan multivitamin untuk tenaga dan hemoglobin
  • Vitamin C - meningkatkan tahap kesihatan ibu ketika hamil
  • Omega - Asid lemak yang membantu pembetukan otak dan saraf bayi
  • ESP - sumber protien yang memberikan tenaga 
Tiada masalah Hb rendah

  Bila tengok senarai vitamin, nampak banyak kan? Tapi percayalah, saat kita disahkan mengandung, kita terpaksa double up nutrien yang kita ambil setiap hari kerana kita kena berikan nutrien tersebut pada bayi dalam kandungan.  Jika boleh, pastinya kita inginkan pengalaman kehamilan yang smooth agar kita dapat bersedia untuk menghadapi saat kelahiran bayi kita nanti kan?

Kekal bertenaga walaupun hamil

Berat terkawal & tiada kekejangan

Muka tetap berseri dengan set hamil Shaklee

  Tak lalu nak telan banyak-banyak vitamin? Boleh hubungi saya, dan saya akan syorkan vitamin yang sesuai untuk anda dan bayi anda.


Salam Sayang,

  






**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.





0 comments:

Post a comment