Betul Ke Omega Membantu Anak Untuk Cepat Hafal??

Assalamualaikum..

  Ada ibu-ibu bertanya pada saya, betul ke Omega ni mampu membuatkan anak cepat menghafal? Okay sebelum saya terangkan lebih lanjut kaitan Omega dan daya ingatan, mari kita tengok fakta ini dulu.



  Menurut majalah I-Sihat keluaran September 2012, pakar dari Amerika Syarikat menyatakan sekiranya diet anda mempunyai kurang asid lemak Omega-3, otak akan menjadi 2 tahun lebih tua dari umur yang sebenar.  Kajian juga mendapati individu dengan tahap darah asid lemak Omega-3 dibawah 25% memberikan markah yang lebih rendah dalam ujian yang melibatkan penyelesaian masalah dan abstrak.

Jadi? Apa yang ada pada Omega Guard Shaklee??

  Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan yang kaya dengan 99% Omega-3. Ia mempunyai Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) yang merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid  lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Apa manafaat Omega 3 itu?

  Pada Omega 3 mempunyai DHA dan EPA yang baik untuk kesihatan dan juga pemikiran anak-anak. Setiap nutrien dalam Omega mempunyai manafaatnya tersendiri.

  • DHA bermanafaat sebagai jaringan penghubung saraf yang membantu kelancaran saraf penghubung dan menghantar rangsangan terus ke otak
  • EPA membantu pembentukan sel-sel darah dan jantung. 
  Perasan tak, dalam apa-apa juga iklan berkaitan makanan untuk kanak-kanak khususnya susu, sering diselitkan perkataan 'KAYA DENGAN DHA'. Kenapa iklan seringkali guna perkataan DHA pada produk makanan atau minuman untuk kanak-kanak? Jawapannya mudah, kerana DHA membantu mempertingkatkan daya ingatan kanak-kanak.

  Jadi untuk menjawab persoalan samada betul ke Omega membantu anak untuk cepat hafal..jawapan saya adalah Ya kerana Omega mempunyai asid lemak yang kaya dengan DHA dan EPA yang membantu meransang pertumbuhan otak agar sel-sel otak cepat berhubung. Ini pula testimoni ibu-ibu yang percaya Omega mampu meningkatkan daya ingatan anak mereka.





  Ingin memingkatkan daya ingatan anak anda dengan Omega Guard? Boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ye.


Salam Sayang,

Nur Fatin


**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.













0 comments:

Post a comment