Kenapa Makin Berusia, Berat Badan Makin Bertambah??

Assalamualaikum..

  Perasaan tak kebanyakan orang akan mengalami kenaikan berat badan apabila usia makin meningkat? Malah ada juga yang pada waktu muda, badan maintain ideal tapi bila berusia badan semakin lama semakin berisi?



  Hakikatnya, apabila usia mula menjangkau 40an, metabolisma tubuh kita akan semakin berkurang Apabila metabolisme tubuh semakin berkurang, pembakaran lemak juga semakin perlahan.



  Aktiviti harian juga mempengaruhi penambahan berat badan apabila usia makin meningkat. Jika sewaktu berusia awal 20an atau 30an boleh bersenam atau berlari 10kilometer non stop, perubahan usia mungkin menghalang untuk melakukan benda yang sama. Maksudnya pembakaran lemak melalui aktiviti senaman itu kurang berbanding sebelumnya.

  Peningkatan usia juga boleh menjadi faktor penyumbang khususnya apabila kita mempunyai penyakit seperti gout. Ini menyukarkan pergerakan dan meminumkan pembakaran lemak dalam badan.

  Tahukah anda..jumlah kalori pemakanan kita adalah berbeza seiring dengan peningkatan usia? Contohnya sewaktu awal usia 20an ke 30an jumlah pengambilan kalori kita adalah 2200kcal. Tetapi apabila menginjak usia 40an kita tidak boleh mengambil jumlah kalori yang sama akibat penurunan tahap metabolisma badan. Berat badan bertambah bila kita fikir yang kita masih mengambil jumlah kalori yang sama walaupun semakin berusia.



  Jadi, solusi terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan sentiasa konsisten mengamalkan diet dan gaya hidup yang seimbang sejak awal lagi. Usia bukan penghalang untuk kita melakukan senaman seperti sebelumnya asalkan ia tidak memudatkan kesihatan kita.

  Ada tak produk yang boleh meningkatkan tahap metabolisma kita? InsyaAllah saya akan kongsikan info produk ini pada entri esok ye :)


Salam Sayang,






**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 

0 comments:

Post a Comment