Kelebihan Selawat

Assalamualaikum..

  Berselawat adalah satu bentuk ibadah. Ia merupakana ibadah yang mulia dan terpuji. Selawat
mempunyai banyak kelebihannya dan sesiapa yang berselawat akan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari baginda SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak

  Antara kelebihan selawat adalah:

1. Mendapat syafaat Nabi SAW 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi SAW

“Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi dan al-Khatib) 

3. Mendapat rahmat Allah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie & al-Hakim) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.” (Hadis riwayat ad-Dailami)

4. Mendapat rahmat dari Allah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis riwayat Muslim) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari Kiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.” (Hadis riwayat Abu Nu’aim) 

5. Mendapat hajat dunia dan akhirat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah datangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya.” (Hadis riwayat Ibnu Majar dari Jabir r.a.)

6. Digembirakan di Syurga

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Hadis riwayat Abu as-Syaikh dari Anas r.a.) Sesungguhnya amat beruntunglah mereka yang sentiasa berselawat ke atas Nabi dengan menjadikannya sebagai wirid dan amalan harian dalam hidupnya. Sebaliknya amatlah rugi dan tercelanya mereka yang tidak mahu membaca selawat kepada Nabi SAW dalam hidupnya. 

  Banyaknya manafaat selawat. Ruginya kita jika kita tak amalkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Moga selepas ini, lidah kita tidak berhenti berselawat ke atas Nabi.


Salam Sayang,






0 comments:

Post a comment