Inverted Nipple - Boleh Ke Menyusukan Anak?

Assalamualaikum..

  Inverted Nipple adalah istilah yang digunakan apabila puting susu ibu itu tenggelam dan tidak normal seperti puting yang biasa. Ramai ibu yang mengalami masalah inverted nipple menggunakan alasan ini untuk tidak menyusukan anak mereka. Ada juga ibu yang berusaha untuk mengatasi masalah inverted nipple kerana ingin menyusukan anak mereka secara ekslusif.

  Sebenarnya, ibu yang mengalami masalah inverted nipple ini boleh meneruskan penyusuan susu ibu seperti biasa. Apa yang penting mereka tahu bagaimana mengatasi masalah inverted nipple ini. Antara kaedah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah inverted nipple ini adalah seperti berikut:

1. Tarik puting ketika penyusuan

  • Ketika menyusukan bayi anda, anda perlu menyokong payudara anda dengan menggunakan kaedah C iaitu ibu jari anda diatas, manakala 4 jari anda dibawah
  • Tarik puting anda keluar bagi memudahkan penyusuan bayi anda

2.  Ransang puting anda
  • Jika puting boleh digenggam, anda boleh menggulung puting diantara ibu jari dan jari telunjuk selama 1-2minit
  • Buat rangsangan terhadap puting tersebut dengan meletakkan tuala sejuk atau lembab
3. Niplettes / Supple cups
  • merupakan alat yang boleh mengeluarkan puting payu dara dengan cara menyedutnya secara sekata
  • alat ini membantu mengeluarkan puting yang tenggelam


4. Breastpump
  • Breastpump juga sangat membantu dalam mengatasi masalah inverted nipple ini. Pastikan breastpump yang anda gunakan sesuai dan tidak menyakitkan anda. 
  • Ulangi proses ini sekerap yang boleh sehingga puting payudara anda kembali normal


5. Nipple Shield
  • Merupakan alternatif terakhir bagi bayi anda yang mengalami situasi puting tenggelam kerana ia merupakan alat bantu untuk mengajar bayi melekap dengan lebih baik diawal penyusuan
  • Penggunaan nipple shiled haruslah sementara saja kerana penggunaanya dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan penghasilan susu ibu yang sedikit


  Permulaan menyusukan bayi dalam keadaan anda mempunyai inverted nipple memang la sukar. Namun ia bukan alasan untuk anda tidak menyusukan bayi anda. Pelajari teknik menyusukan bayi dengan tepat dengan pakar laktasi dan jangan mudah stres. Setiap dari kita sentiasa berpeluang untuk menyusukan bayi kita, yang penting kita perlu ada kesungguhan untuk menjayakannya.

  Inginkan lebih tips penyusuan dan suplemen yang boleh membantu proses penyusuan anda, boleh terus hubungi saya di 0193937880


Salam Sayang,



0 comments:

Post a comment