Homeschooling: Satu Pendidikan Alternatif Untuk Anak Anda

Assalamualaikum..

  Kebelakangan ini banyak sangat dibincangkan tentang isu Homeschooling. Ramai yang menyambut baik HS (Homeschooling) ini dan berpendapat ianya adalah satu pendekatan baru untuk sistem pembelajaran anak-anak.


  HS pada asasnya adalah cara pendidikan alternatif yang tidak formal. Masa untuk HS juga adalah fleksible dan kebanyakan pembelajarannya dilakukan dirumah. Menariknya HS ni, tempat pembelajarannya pun boleh dilakulan dimana saja. Bagi pendapat saya sendiri, HS adalah satu cara untuk memupuk lagi kasih sayang ibubapa dan anak-anak kerana kebanyakan aktiviti ini dilakukan bersama2.

Bagaimana aktiviti HS ini dijalankan?

  Aktiviti HS ini biasanya tidak memerlukan guru yang bertauliah untuk mengajar anak-anak. Pasti kita kurang yakin kan adakah apa yang diajar disekolah formal dapat dipraktikkan tanpa guru bertauliah dengan HS? Itulah fungsinya teknologi masa kini. Segala maklumat yang kita hendaki boleh dicari melalui talian internet atau buku. Apabila kita mencari maklumat dan menyampaikannya pada anak kita, secara tidak langsung ia merupakan satu kaedah pembelajaran HS.

  Satu perkara yang menarik tentang HS ini adalah kita boleh menentukan topik apa yang ingin kita ajar berdasarkan minat anak kita. Secara tak langsung, kita boleh kembangkan potensi anak kita setelah mengetahui minat mereka dengan cara dan gaya kita sendiri.

  Bagaimana pula dengan skop pelajaran yang kita belajar disekolah? Adakah ia boleh di praktikkan melalui HS? Ini tidak menjadi masalah asalkan ibubapa peka dengan pelajaran  yang diajar disekolah. Malah ada sesetengah ibubapa mengupah guru sekolah untuk mengajar anak mereka dirumah tanpa anak mereka perlu ke sekolah untuk belajar.

Bagaimana dengan pendapat saya sendiri?

  Secara jujurnya saya sangat menyokong dan berminat dengan HS. Malah saya sendiri mempraktikkan HS ini untuk anak saya sendiri. Sesetengah mungkin berpendapat pergaulan anak mungkin terbatas dengan HS, tapi bagi saya sendiri, pergaulan itu boleh dilakukan apabila kita membawa anak kita ke padang permainan, berjumpa kawan sebaya atau pun mana-mana aktiviti luar yang lain. Jadi, personally saya tak rasa HS ini menyekat keperluan anak2 untuk bebas bergaul.


   Akhir kata, banyak pro dan kontra HS ini. Saya bukanlah orang yang sesuai untuk menyatakan pro dan kontranya kerana saya sendiri baru mula mendedahkan HS ini pada anak saya ketika dia berusia 2tahun lagi. Kini anak saya dah berusia 4tahun, saya masih mempraktikkan HS pada anak saya kerana ini adalah pendedahan awal pada anak saya sebelum dia benar-benar mendapat pendidikan secara formal.

  HS atau tidak, saya yakin sebagai ibubapa, kita pastinya inginkan yang terbaik untuk anak kita. Yang penting untuk mereka yang benar2 ingin mempraktikkan HS, gali ilmu terlebih dahulu sebelum kita praktikkan pada anak sendiri.


Salam Sayang,



















0 comments:

Post a Comment