Eczema - Definasi dan Puncanya. Adakah la Boleh Dirawat?

Assalamualaikum..



  Apa sebenarnya Ezcema atau pun Atopic Ezcema? Atopic Eczema ialah satu keadaan kulit yang kering dan gatal. Biasanya ia kelihatan seperti kulit yang kering dan berwarna kemerahan yang kemudiannya berubah menjadi merah, gatal dan keradangan. Kadang2 ezcema hanya berlaku pada beberapa bahagian badan seperti leher, siku, buku lali, pinggang dan lain2 bahagian badan tetapi di dalam kes yang teruk ia mungkin meliputi seluruh bahagian badan.

Penyebab
Ahli keluarga - biasanya ia diwarisi oleh ahli keluarga yang pernah ada namun ia boleh dikawal secara mudah. Penting untuk kita fahami faktor2 yang boleh menyebabkan keadaan ini contohnya jangkitan, tekanan hidup kerana ia memainkan peranan penting dalam menentukan samada tanda2 penyakit tersebut akan jadi lebih buruk.

Usia berapakan atopic ezcema biasanya berlaku?
Biadanya ia berlaku pada bayi atau kanak2 kecil dalam lingkungan umur 2bln-2tahun.  75% akan mengalami tanda2 pertama dalam umur 6 bulan dan 90% pengidap sudah mengalami tanda2 pertama apabila umur 1 tahun. Atopic ezcema kini semakin menjadi dikalangan kanak2 berbanding org dewasa.

Faktor2 yang boleh memburukkan keadaan

Jangkitan - Sejenis bakteria yang dijumpai berpotensi menyebabkan atopic ezcema ialah Staphylococcus aureus. Kajian mendapati ia berada dipermukaan kulit dengan banyak sekali walaupun tiada sebarang jangkitan pada kulit. Kehadiran bakteria ini menyebabkan sistem imum bereaksi keterlaluan dan seterusnya menambah inflamasi kulit dan berasa sangat gatal. Sekiranya kulit berair atau digaru, lebih banyak bakteria dapat menembusi permukaan kulit dan keadaan menjadi bertambah teruk.

Tekanan - Penyakit ini boleh muncul dalam kehidupan seseorang individu.

Suhu - Rasa panas boleh menambahkan rasa gatal. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang keterlaluan. Begitu juga suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan rasa gatal dan mengeringkan kulit.

Alergi2 lain - Makanan tertentu seperti susu lembu, telur atau ramuan makanan seperti pewarna, pengawet makanan boleh menyebabkan elergi dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Hama dan debunga juga merupakan allergen yang biasa ditemui.  Sesetengah pesakit mungkin sensitif terhadap sabun wangi, bahan pencuci ataupun klorin yang terdapat di dalam kolam renang.

Bagaimana risiko eczema atopic boleh dikurangkan?

1.  Sentiasa pastikan kulit lembab dengan menggunakan krim atau losyen untuk kurangkan rasa kekeringan dan rasa gatal. Basuh tangan anda selalu untuk mengelakkan pemindahan bakteria ke atas kulit.

2.  Pakai sarung tangan semasa membuat kerja rumah untuk mengelakkan diri daripada terkena bahan kimia.
3.  Jangan menggaru kulit badan atau pastikan kuku anda pendek untuk mengelakkan kulit dari merekah.  Untuk bayi, pemakaian sarung tangan boleh membantu untuk mencegah tabiat menggaru.
4.  Elakkan diri daripada mememdam perasaan. Luahkan masalah anda
5.  Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat
6. Jangan dedahkan bayi atau anak2 anda kepada pancaran matahari. Pakailah pakaian yang dapat melindungi anda daripada sinaran matahari dan gunalah ubat penyekat matahari.
7. Vakum rumah anda kerap dan pastikan pengudaraan yang cukup untuk hindari hama
8. Sentiasa bersihan cadar, karpet dan kain langsir

  Adakah ezcema ini boleh dirawat? Saya akan bincangkan topik ini pada entri akan datang. 

Salam Sayang












0 comments:

Post a Comment