Asma..Adakah Ia Berbahaya?

Assalamualaikum..

  Asma adalah penyakit‬ paru-paru kronik yang disebabkan ‪‎keradangan‬ pada saluran udara pada paru-paru. Apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan (alergen), dinding saluran udara ke paru-paru menjadi tebal dan membuatkan saluran ini menjadi sempit. Akibatnya, pesakit asma mengalami gejala seperti sesak nafas, mengah, dada terasa sempit atau ketat serta batuk.


  Kebanyakan orang, asma bermula sejak kanak-kanak. Biasanya masalah dapat dikesan ketika mereka berumur antara dua hingga lima tahun. Dalam kebanyakan kes, gejala asma hilang apabila kanak-kanak meningkat dewasa, tetapi ada juga yang berlanjutan sepanjang hayat, terutama jika pesakit tidak diberi rawatan sewajarnya. Punca asma sukar ditentukan dengan tepat kerana ia disumbangkan banyak faktor seperti genetik dan persekitaran. Oleh kerana sehingga kini tiada ubat dapat menyembuhkan asma, ia dianggap penyakit sepanjang hayat. Ketiadaan serangan atau gejala bukan bermakna asma anda sembuh, tetapi ia dalam keadaan terkawal.

Adakah asma berbahaya untuk kita?
  Apabila seseorang itu menghidap asma, ia akan menyebabkan kesukarannya untuk bernafas akibat daripada saluran pernafasannya menjadi sempit. Ini mengakibatkan oksigen tidak dapat dibekalkan dengan cukup ke seluruh tubuh. Pesakit boleh menjadi pitam dan tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen. Untuk ibu mengandung pula, jika serangan asma berlaku, ia boleh mempengaruhi janin yang dikandungnya. Ini kerana janin tersebut bergantung sepenuhnya pada oksigen yang dibekalkan oleh siibu. Pada peringkat ini, pesakit asma terpaksa mengambil nebulizer bagi membuka rongga udara paru-paru agar mereka dapat bernafas seperti biasa.

Bolehkah asma diubati dengan pengambilan suplemen?
  Pengambilan suplemen sebenarnya adalah satu cara untuk mengurangkan serangan asma pada seseorang. Sekiranya diamalkan dengan konsisten, pengambilan suplemen dapat membantu dalam menghalang serangan asma.

Apa suplemen yang dicadangkan?
  • Omega Guard - membantu meningkatkan sistem imun, menguatkan dan menyihatkan paru-paru, membantu alahan kulit dan penyakit lelah. Minyak ikan Omega Guard juga mampu mengurangkan simptom asma 
  • Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem imun, membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengurangkan simptom selsema dan mengukuhkan sistem imun
  • Nutriferon - Nutriferon ni sebenarnya adalah supplemen yg berfungsi sebgai penggalak kepada sistem imunisasi badan. 
  • Mealshakes - Khas untuk kanak-kanak yang menghidap asma, Meal Shakes membantu meningkatkan sistem imum





 Serangan asma boleh dikawal dengan cara mengelakkan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada serangannya. Cuaca sejuk, elergi pada makanan dan persekitaran udara yang kurang sihat adalah antara penyumbang kepada serangan asma. Amalkan gaya hidup yang sihat, dan tingkatkan sistem imun diri dengan pengambilan suplemen bagi mengurangkan serangan asma.


Salam Sayang,


**  These statement have not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.


















0 comments:

Post a comment