Tips Turun Berat Badan : Nak Diet ke Nak Bersenam??

Assalamualaikum,

  Kalau cakap pasal nak kurus, biasanya orang lebih suka berdiet daripada bersenam. Mungkin sebab nak bersenam tu, kita perlu mencari masa yang sesuai untuk bersenam. Namun lain orang mungkin lain cara mereka untuk kurus, ada yang sanggup bersenam kerana tak sanggup melepaskan nikmat makan makanan kegemaran dan ada juga yang sanggup tutup mata dan tutup selera demi nak kurus dan berdiet.

  Bagi saya sendiri, kalau nak kurus, diet dan bersenam itu perlu seimbang. Definasi diet itu berbeza pada setiap individu. Apa yang penting, kita kena berdiet dengan cara yang sihat. Diet secara sihat adalah kita perlu pastikan kita makan makanan mengikut sukatan piramid makanan.



  Terdapat 10 amalan diet yang boleh kita praktikkan untuk kurangkan berat badan

  1. Amalkan makanan bijirin dan oat
  2. Minum yogurt yang rendah lemak
  3. Minum green tea
  4. Makan mengikut jumlah kalori yang diperlukan
  5. Membuat senaman cardio tiap malam. Selain senaman, menari juga boleh membantu penurunan berat badan
  6. Makan buah-buahan segar
  7. Makan makanan yang berkhasiat saja. Jika teringin makan makanan yang berkalori tinggi, kurangkan portion makanan tersebut kepada seminggu sekali
  8. Makan untuk sihat dan bukan kerana mengikut nafsu
  9. Jangan sesekali skip breakfast
  10. Kurangkan makan fast food

  Amalan pemakanan ini membantu dalam penurunan berat badan. Namun untuk mendapatkan tubuh yang firm dan tak mengelebeh, adalah disyorkan untuk menjalankan senamana kardio tiga kali seminggu. Jika dapat seimbangkan diet dan senaman ini dan disiplin mengamalkannya, InsyaAllah anda boleh mendapat berat badan ideal yang anda inginkan.

  Bagaimana pula dengan pengambilan suplemen? Adakah perlu mengambil suplemen untuk turun berat badan? Itu terpulang pada diri masing-masing. Suplemen hanya membantu anda, selebihnya adalah tindakan anda sendiri. Boleh juga rujuk entri saya yang bertajuk Saya Nak Kurus! Perlukah Suplemen??

  Nak turun berat badan, formulanya senang saja. Eat Well, Live a Healthy Lifestyle. Diet tapi tanpa senaman atau senaman tanpa diet, itu terpulang pada kemampuan diri anda.


Salam Sayang









 **  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 

0 comments:

Post a comment