Tips Merawat Keputihan

Assalamualaikum..

  Masalah keputihan dengan wanita..seolah-olah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan. Terutama sekali apabila wanita sudah meningkat baligh dan sudah datang haid, ada kemungkinan dia juga mengalami masalah keputihan. (boleh rujuk entri Masalah Keputihan ) 



Bagaimana mengatasi masalah keputihan
  • Kebersihan Faraj - Selepas membuang air kecil, adalah digalakan mencuci faraj dengan air yang bersih dan pastikan agar faraj dikeringkan terlebih dahulu dengan kain bersih atau tisu lembab sebelum memakai seluar. Keadaan faraj yang lembab ketika memakai seluar boleh menyebabkan jangkitan kuman yang mendorong pada masalah keputihan
  • Jenis seluar dalam - Jenis fabrik seluar dalam juga penting dalam mengelakkan keputihan. Pakai seluar dalam yang berunsur kapas yang nipis agar keadaan faraj sentiasa dalam keadaan kering. Pemakaian seluar dalam yang berasaskan fabrik selain dari kapas dikhuatiri tidak dapat menyerap kelembapan dan boleh menyebabkan pembiakan bakteria
  • Pantiliner - Jika anda menggunakan pantiliner, pantiliner harus ditukar setiap 4jam untuk mengelakkannya menjadi lembab
  • Cara mencuci faraj - Selepas membuang air kecil, basuh bahagian faraj dari depan ke belakang, dan bukan dari belakang ke depan untuk mengelakkan bakteria dari anus (lubang punggung) akan sampai ke faraj
  • Stres dan cara pemakanan - Stres akan menyebabkan gangguan hormon yang boleh menyebabkan keputihan. Corak pemakanan juga mempengaruhi keputihan. Makan makanan yang berkhasiat seperti buah dan sayur dan elakkan makanan yang berminyak
Ikhtiar dengan Shaklee.

  Ada 3 suplemen utama yang boleh disyorkan untuk mengatasi dan merawat masalah keputihan.

  • Alfalfa - Boleh rujuk testimoni Alfalfa merawat keputihan dalam entri Merawat Masalah Keputihan dengan Alfalfa 
  • Garlic Shaklee - Garlic merupakan antibiotik semulajadi dari Shaklee. Ia bertujuan untuk membunuh bakteria yang menyebabkan keputihan.
  • GLA - Satu satu punca yang menyebabkan keputihan adalah ketidakseimbangan hormon. Jika hormon tak normal, pengambilan GLA boleh membantu menstabilkan kembali hormon dan mengurangkan masalah keputihan    
Bagaimana mengatasi masalah keputihan dikalangan ibu hamil??
  Jika anda hamil, adalah satu perkara yang normal jika berlaku keputihan. Ini disebabkan perubahan hormon dalam tubuh akan menyebabkan keputihan berlaku. Boleh rujuk pada entri saya Keputihan Ketika Mengandung..adakah Ia Bahaya Untuk Kandungan Saya?   Sekiranya hamil, anda TIDAK BOLEH mengambil ketiga-tiga suplemen diatas untuk mengatasi masalah keputihan anda. Jika keputihan anda teruk, anda boleh ambil Performance Drink ataupun berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat lebih lanjut mengenai tahap keputihan anda.




  Ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai produk, boleh terus hubungi saya melalui WhatsApp untuk fast reply ye 


Salam Sayang


  





**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.

  

0 comments:

Post a comment