Tips Memilih Perniagaan Online

Assalamualaikum..

 Menjalankan perniagaan online ni tidak pernah terlintas langsung dalam fikiran saya untuk melakukannya. Apatah lagi bila saya ni bukan seorang yang arif tentang bisnes, jadi saya tak yakin dengan kemampuan sendiri.

  Namun tanpa sedar, saya mula menjalankan perniagaan ni apabila saya rasakan perlunya ada side income dalam keadaan ekonomi sekarang walaupun saya mempunyai kerja hakiki. Bagaimana saya memulakan perniagaan online saya?

KENALPASTI KEMAMPUAN DIRI
  Saya ingin menjalankan satu bisnes dimana saya tak perlu keluar untuk menjual. Ataupun mempromosikan produk saya dengan berjumpa orang perseorangan kerana kengkangan masa dengan kerja hakiki saya. Saya bukanlah seorang yang outspoken atau lancar berbicara tentang produk. Jadi dengan perniagaan yang saya jalankan kini, saya boleh menjalaninya secara part time tanpa mengganggu kerja harian saya dan tanpa saya perlu keluar mencari pelanggan. Saya selesa dengan mempromosikan produk saya didalam media sosial seperti FB, IG dan Blog. Dan alhamdulillah kebanyakan pelanggan saya adalah mereka yang saya kenali dari media sosial

Blog adalah Kedai Online saya

MODAL PERNIAGAAN
  Bagi individu yang baru menapak dalam bidang perniagaan dan kurang berpengalaman, menceburi perniagaan yang mempunyai modal yang besar adalah satu risiko. Bayangkan kalau modal yang dikeluarkan mencecah 5angka tapi pulangan modal cuma 3angka..ia amat berisiko bg saya. Jadi why not cari perniagaan yang modalnya rendah tapi kita boleh mendapatkan pulangan yang tinggi sedikit demi sedikit.

HOBI DAN MINAT
  Perniagaan Shaklee yang saya ceburi kini adalah dekat dengan saya. Bekerja dalam bidang perubatan memudahkan saya menghubungkaitkan masalah kesihatan pelanggan saya dengan produk yang saya jual. Bila ada minat, anda sendiri akan menyukai apa yang anda buat.

MENYIMPAN STOK PRODUK
  Ketika saya mula menjalankan perniagaan ini, saya tak pernah menyimpan stok produk. Saya bergantung 100% pada upline saya ataupun Shaklee sendiri. Saya cuma mula menyimpan stok selepas 2tahun saya menceburi bisnes ini, dan saya tak pernah rasa terbeban untuk menyimpan stok sendiri kerana perniagaan ini tidak mewajibkan saya menyimpan stok sendiri. Namun jika ada stok sendiri, ia adalah satu kelebihan untuk kita buat cash on delivery di kawasan kita.

Order dihujung jari


MENTOR
  Dalam perniagaan online yang melibatkan MLM, kita tak boleh bergerak sendiri. Perlu ada mentor yang boleh memberikan panduan dan tips perniagaan. Mentor yang baik bukan hanya lihat anda sebagai downline, tapi juga sebagai rakan. Bila anda memerlukan sokongan emosi dalam jatuh bangun bisnes, mereka ada bersama anda kerana mentor mentor ini sudah melalui jatuh bangun bisnes lebih dulu dari saya.

Sharing info bisnes as a group

  Ini adalah sebahagian tips yang saya fikirkan sebelum saya join Shaklee. Kesimpulannya bisnes Shaklee yang saya jalankan sekarang
  • Modal yang rendah (RM80 sahaja)
  • Tidak wajib mempunyai ready stok
  • Segalanya dijalankan secara online dari segi pesanan dan penghantaran melalui Shaklee
  • Kelas oleh Mentor boleh dijalankan secara online ataupun melalui media sosial
  • Minat saya dalam membantu pelanggan saya untuk lebih sihat
  • Kegembiraan saya bila melihat downline saya berjaya menjana pendapatan sampingan dengan Shaklee
  • Tiada paksaan dari upline untuk buat sales. Anda berusaha lebih, anda dapat lebih
  Ingin membina perniagaan online anda bersama saya. Hubungi saya ditalian 0193937880 dan saya akan ajarkannya pada anda.

  Salam Sayang

  




0 comments:

Post a comment