Single Parents..Cabarannya Bukan Mudah!

Assalamualaikum..

  Single Parents..bagi saya istilah ini merujuk kepada ibu tunggal, bapa tunggal malah mereka yang berkahwin dan terpaksa PJJ (perkahwinan jarak jauh) pun saya anggap sebagai single parents kerana terpaksa menguruskan anak2 seorang diri


  Kalau sebagai satu family yang lengkap (ibu dan ayah duduk sekali) membesarkan anak itu besar dugaannya, bayangkan bagaimana single parents menjalankan tanggungjawab itu sendiri. Pengalaman saya sendiri..ia bukan mudah dalam banyak aspek.

Pengurusan Masa

  Walau apa pun yang kita lakukan, pengurusan masa itu sangat penting. Bangun awal pagi jika anak dah bangun, terpaksa susukan dia terlebih dahulu. Maka sambil menyusukan dia, sambil tengok jam sebab takut lewat ke pejabat. Tu belum lagi kalau anak nak minta dimandikan sebab tak nak mandi dirumah pengasuh. Fuh..memang kena buat semuanya dengan cepat. Nak siapkan sarapan memang tak sempat. Mujur lah saya ni ada option nak minum ESP+Cinch.  Anak bekalkan susu botol je la sebab tau rumah pengasuh nanti mesti sarapan kan?
  Balik kerja anak da tentu nak cerita macam2. Maka jadilah pendengar setia walaupun badan da letih. Lepas tu masak, kemas rumah etc. Semua kena buat sendiri dan at the same time layan anak. Yelah..takkan biar anak2 sorang kat depan..nanti tak tau pula projek apa dibuatnya. Letih??? Sangat letih. Semua parents pun letih. Tapi saya pandang ini sebahagai peluang untuk bonding bersama anak :)

Pengurusan Kewangan

  Simple!! Dua pendapatan dari suami isteri maka banyak lah hal kewangan yang boleh diselesaikan. Tapi untuk yang single parents maka semua kos kena pandailah manage sendiri. Kadang2 kita terpaksa korbankan keinginan sendiri untuk kepuasan diri demi memberikan yang terbaik untuk anak. Tak sanggup tengok muka hampa anak bila tak dapat apa yang mereka nak lebih2 lagi kalau bab makan. Tapi tak bererti yang saya manjakan anak sangat. Manjakan anak biar bertempat. Satu sebab kenapa saya jalankan bisnes Shaklee secara partime pun sebab nak dapat pendapatan sampingan. At least bila anak nak minta sesuatu ditengah bulan..takde la terkilan tak boleh bagi kan?

Pengurusan Emosi

  Yang ni memang saya akui kadang2 saya fail! Manusia biasa dah tentu emosi akan up and down kan lebih2 lagi bila 100% urusan anak itu kita ysng tanggung. Anak makin besar makin banyak lah peelnya. Bila kita gagal kawal emosi mulalah kita fikir kita ni gagal as a parent. Betulkan? Nak mengadu takde siapa..family pun jauh. Jadi solusinya ambil lah wudhu dan banyakkan berdoa pada Allah. Moga Allah lembutkan hati anak untuk dengar cakap kita dan moga kita diberi kesabaran yang tinggi untuk menjalankan tanggungjawab kita.



Kualiti Masa Dengan Anak

  Sibuk mana pun, letih manapun saya akan keluar tiap2 hujung minggu dengan anak. Pergi mall ke taman tasik ke taman permainan ke..ini aktiviti WAJIB!! NO EXCUSES! Kita sibuk kerja weekdays..masa dengan anak pun limited..so ambil la peluang ni untuk luangkan masa dengan anak. Saya akui hujung minggu saya memang fully luangkan masa dengan anak. Mana2 pergi sekalipun walau jumpa kawan or terpaksa ke pejabat..selagi ia adalah hujung minggu..memang anak akan jadi peneman. Kalau ada cuti panjang..biasa bawak anak jalan2..tak kisahlah mana2 pun

Soalan Tanpa Jawapan

  Bab ni memang agak sukar saya hadapi. Anak makin membesar, maka banyak soalan akan ditanya..anak akan start membandingkan diri dia dengan orang lain. Banyak persoalan "Kenapa?" yang akan timbul. Untuk mencari jawapan yang sesuai saya kena fikir banyak kali untuk memberikan jawapan yang terbaik supaya saya tak mahu ada persepsi dalam diri anak yang dia serba kekurangan. Saya cuba completekan kehidupannya sebaik mungkin dan saya serahkan semuanya pada Allah.

Pengorbanan

  Antara perkara yang perlu saya hadapi..meninggalkan anak kerumah pengasuh setiap kali saya terpaksa bekerja diluar daerah. Saya takde keluarga yang dekat dengan saya. Jadi..saya tawakal dan letakkan kepercayaan saya pada pengasuh untuk jaga anak saya. Sebab itu bila ada komitmen yang menuntut saya bekerja diluar daerah, saya akan cuba sedaya upaya untuk bawa anak sekali. Kalau memang tiada pilihan..maka terpaksa juga tinggalkan. Alhamdulillah..anak sangat memahami. Terima kasih sayang!! Ummi sayang Amna hingga ke akhir hayat ummi..

  Pendapat saya, mana2 parents pun akan hadapi benda yang sama. Pengurusan masa, pengurusan kewangan dan pengurusan emosi itu amat penting. Regardless kita ni single parents atau tak..yang penting anak itu amanah yang Allah berikan pada kita. Jadi lakukan lah yang terbaik untuk anak kita selagi kita mampu.


Salam Sayang..

Nur Fatin

0 comments:

Post a comment