Shaklee Merubah Diri Saya

Assalamuaikum..

  Hampir 4 tahun buat Shaklee..saya ucapkan syukur kerana Shaklee merubah diri saya. Kenapa saya berkata sedemikian??

  Bermula selepas kelahiran anak secara pembedahan dan menguruskan anak sendiri, saya ingin mencari suplemen yang dapat membantu saya kekal bertenaga dan dalam masa yang sama ingin menurunkan berat badan saya. Pada ketika itulah saya mengenai produk Shaklee iaitu ESP, Alfalfa dan Lecithin.

Sebahagian stok Shaklee saya

  Kerana mengenali ketiga2 produk ini, saya mula jatuh cinta dengan Shaklee. Suplemen2 Shaklee merubah tahap kesihatan saya dengan lebih baik. Kalau ikutkan memang sangat letih menguruskan anak seorang diri..tapi Shaklee telah membantu saya utk lebih sihat. Bukan itu saja, kerana Shaklee juga..saya berjaya menyusukan anak saya 2tahun penuh dan lebih buat saya bersyukur, sehingga kini anak saya dah berusia 4 tahun..still breastfeeding, malah kini dia juga peminat vitamin Shaklee.


  Masih teringat dulu ditengah bulan sangat lama menunggu akhir bulan untuk gaji. Sampai terpaksa meminjam duit dari keluarga untuk membeli keperluan anak. Bermula dengan bonus Shaklee RM23 sahaja..kini saya mampu menarik nafas lega kerana dengan Shaklee saya mampu menarik nafas lega ditengah bulan untuk menampung kos hidup saya dan anak sementara menunggu gaji.

  Seronok sebenarnya buat Shaklee jika kita ada passion. Bila ada passion kita akan mula jatuh cinta dan akan kongsikan kebaikan produk pada orang lain. Sepanjang hampir 4 tahun buat Shaklee, saya bersyukur dapat membantu customer saya to get a better life. Teringat seorang customer yang sekian lama menanti kehadiran cahayamata, setelah jumpa suplemen Shaklee..beliau akhirnya hamil. Rezeki Allah bagi untuk umatnya yang berusaha. Teringat seorang rakan yang sudah berputus asa dengan diabetesnya, kini hidup dengan sihat setelah mengambil suplemen Shaklee. Teringat juga bagaimana seorang ibu tak henti2 mengucapkan syukur kerana anaknya kini bebas asma setelah mencuba set kanak2 Shaklee. Syukur Allah beri kesempatan pada saya untuk mbantu insan lain.

 Saya sentiasa ingin mengimpikan untuk menulis didalam blog. Kerana Shaklee maka terhasillah blog Cahaya Hati Umi. Dalam blog ini saya bukan ceritakan tentang suplemen semata2 malah saya berkongsi tentang serba sedikit mengenai kehidupan saya, hobi saya dan juga info2 lain selain dari Shaklee. Kerana blog ini juga, saya gain more knowledge tentang apa2 isu yang ingin saya tulis dalam blog saya.

  Masih ada lagi impian saya dalam Shaklee yang belum tertunai. Menyertai percutian 5 bintang yang ditaja 100% oleh Shaklee. Impian saya ingin menunaikan umrah dengan Shaklee dan melawat negara luar dengan rezeki Shaklee. Saya yakin rezeki saya suatu hari nanti akan tiba dan saya akan terus berusaha ke arah itu..InsyaAllah

  Terima kasih Shaklee kerana saya kini seorang insan yang positif dan yakin. Asalnya join Shaklee kerana inginkan kesihatan yang baik untuk diri sendiri..kini saya sangat gembira kerana kesihatan yang baik itu juga saya kongsikan dengan orang lain.

  Anda juga ada peluang untuk merubah kehidupan anda dan kehidupan orang disekeliling anda. Anda perlu kuat semangat dan sedia pekakkan telinga atas kata2 orang apabila anda buat Shaklee. Yang menentukan kehidupan kita adalah kita sendiri. Jangan putus berdoa dan bersandar pada Allah dan insyaAllah Allah akan makbulkan doa anda pada waktu yang tepat.

Salam Sayang,


0 comments:

Post a comment