Omega Vs Lecithin..Mana Bagus Untuk Kurus?

Assalamualaikum..


  Kalau google testimoni slimming untuk produk Shaklee, rata-rata testimoni mengamalkan pengambilan Omega dan Lecithin. Bagi saya, Omega dan Lecithin ni dah macam adik beradik yang tak boleh dipisahkan dalam membantu penurunan berat badan. Masing-masing ada fungsi tersendiri. Tapi bila customer tanya, yang mana satu yang lebih cepat menurunkan berat badan, ini jawapan saya.

 Lecithin
  Lecithin berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal didalam sistem pencernaan dan tidak termendap di dinding membran sel menjadi lemak tepu. Emulsi lemak bermaksud lemak dipecahkan molekulnya supaya lebih kecil dan mudah bergerak ke sistem pencernaan. Jadi apabila kita makan, Lecithin membantu memecahkan lemak kepada molekul yang lebih kecil agar lemak cepat dihantar ke sistem pencernaan. Tanpa pemecahan lemak, lemak akan terkumpul.




Omega Guard
  Omega Guard berbeza dengan Lecithin. Omega membantu pembakaran lemak yang termendap dan menghalang pembentukan lemak dan ini akan meningkatkan metabolisme dan seterusnya membantu pembakaran lemak berlaku. Bagaimana Omega Guard membantu pembakaran lemak?

  • Fungsi Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam, maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku
  • Menghalang penghasilan hormon cortisole yang menggalakkan penyimpanan lemak
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah dan memberikan lebih tenaga untuk bersenam
  • Menambah kadar penghasilan serotonim - kimia otak yang membuatkan kita rasa kenyang dan boleh mengawal pemakanan
  • Pengambilan Omega akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dari kebiasaan. Apabila tahap insulin rendah, pembakaran lemak akan berlaku, dan gula juga terkawal dan karbohidrat tidak akan bertukar menjadi lemak


  Jadi, Omega atau Lecithin pilihan anda?? Jika anda ingin pergi  ke satu destinasi, dan pilihan yang anda adalah menaiki kapal terbang atau menaiki kereta, yang mana satu pilihan anda? Dua-dua pengangkutan ini membawa anda ke destinasi anda, tetapi yang mana lebih cepat dan kurangkan masa anda..pilihan di tangan anda..


Salam sayang..







**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease

0 comments:

Post a comment