Katarak: Mampukah Suplemen Membantu?

Assalamualaikum..

  Katarak ialah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata akan menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada terjadinya katarak

  • Apabila usia semakin meningkat, selaput pada kanta akan terjadi dengan sendirinya
  • Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi mempunyai potensi untuk mendapat katarak
  • Faktor genetik juga memainkan peranan dalam menyumbang katarak
  • Terdedah dengan sinaran matahari yang berlebihan
  • Pernah menjalani pembedahan mata
  • Pernah terjadi kecederaan pada mata

  Kebanyakan masalah katarak ini, biasanya diatasi dengan melakukan pembedahan. Untuk peringkat awal, ramai yang mengatasi masalah ini dengan menggunakan cermin mata bagi mengatasi masalah rabun dan juga penglihatan yang kurang jelas.Namun, pencegahan yang terbaik untuk mengelakkan terjadinya masalah katarak ini adalah dengan menjaga mata dengan baik kerana pembentukan selaput pada mata ini biasanya satu proses yang perlahan dan berterusan.


Mampukah Suplemen Membantu?

  Perkara penting dalam penjagaan mata adalah pengawalan pemakanan khususnya bagi mereka yang mengalami masalah penyakit kronik. Untuk mereka yang mempunyai potensi untuk mendapat katarak, pengambilan suplemen yang mempunyai anti oksida yang tinggi sangat membantu dalam mengelakkan katarak berlaku dengan lebih cepat. Pengambilan vitamin E, beta-carotine dan vitamin C amat digalakkan bagi mereka yang berisiko mendapat katarak

Merupakan vitamin antioksida yang tinggi dan berfungsi untuk mencegah kerosakan radikal bebas dan menggalakkan sel-sel kuat tumbuh dalam badan

Meningkatkan sistem imun tubuh. Kajian mendapati mereka yang mengambil vitamin C selama 10tahun mempunyai peluang yang amat tipis untuk mendapat katarak

Antioksida yang kuat , yang boleh menuetralkan radikal bebas. Ia mengandungi beta karotena selamat untuk memelihara kesihatan penglihatan mata dan mengandungi Epithelial yang memelihara lapisan luar kornea

Melindungi dan memperbaiki selular DNA




  Ramai yang sanggup berabis duit untuk membeli cermin mata bagi mengatasi masalah mata mereka. Malah ramai juga yang sanggup berabis duit untuk melakukan pembedahan. Tapi berapa ramaikah yang sanggup mengambil suplemen untuk mengurangkan risiko katarak ini? Segala penyakit boleh dielakkan pada peringkat awal..bagaimana kita mengelakkannya, terpulang pada diri kita sendiri :)


Salam Sayang








 ** These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration.  These product are not intended to diagnose, treat, prevent or cure any disease.

0 comments:

Post a comment