2015 Melabuhkan Tirainya..

Assalamualaikum..

  Hari ni merupakan hari terakhir dibulan Disember..maka malam ni juga tepat pukul 12 tengah malam, promosi Kolagen dan juga Lecithin akan berakhir. Masih ada lagi peluang untuk anda order Lecithin dan Kolagen ye..selagi belum sampai detik 12 malam, selagi itu promo masih berlangsung :)



  Tahun 2015 banyak membawa suka duka dalam perjalanan saya dengan Shaklee. Saya andaikan tahun ini merupakan tahun terbaik buat saya sepanjang penglibatan saya dalam Shaklee sejak tahun 2012. Masih banyak lagi impian yang belum saya kecepati dalam Shaklee dan insyaAllah saya akan terus berusaha untuk mencapai impian tersebut.

 Harapan saya untuk tahun 2016 ini, lebih banyak lagi kejayaan manis yang boleh saya capai dengan Shaklee. Lebih banyak lagi insan-insan diluar sana yang saya dapat bantu dengan Shaklee. Saya ingin meluaskan empayar Shaklee saya, mencari calon yang ingin membina legasi Shaklee bersama saya, merubah hidup dengan Shaklee dan memberi kesenangan kepada orang lain dengan Shaklee.

  Dare to Dream, Dream Big..kawan saya pernah cakap..berangan tu free, tak perlu bayar..jadi boleh berangan setinggi mana pun. Cuma..adakah kita berani untuk mencabar diri mencapai angan-angan kita. InsyaAllah, dengan izin-Nya, dengan doa yang tak pernah putus, usaha yang tak pernah lelah, segalanya tak mustahil.

  People come and go, yang kekal kuat akan bertahan, dan yang bertahan itu jika mempunyai sekeping hati yang kental dan semangat juang yang tinggi pasti akan berjaya..amin..

  Akhir kata, andai ada salah silap saya sepanjang saya menulis blog ini, harap maafkan. InsyaAllah perjuangan Shaklee saya akan diteruskan demi untuk kehidupan saya, demi untuk kehidupan orang lain yang ingin sihat..Amin

Salam Sayang,




0 comments:

Post a comment