Tips Anak Bercerai Lampin

Assalamualaikum..

  Salam hujung minggu. Malam semalam saya ada terbaca tentang satu artikel tentang potty training ataupun melatih anak ke tandas.

  Kalau tak silap saya, anak saya Amna da start potty training sejak dia berumur 2tahun 9bulan lagi. Sekarang Amna da berusia 3tahun 10bulan. Selepas setahun berlalu..Amna kini boleh dikatakan 90% diapers free kerana Amna hanya pakai diapers pada waktu malam ketika tidur

  Antara tips yang saya lakukan untuk melatih anak bercerai lampin adalah seperti berikut:

1.  Pastikan anak bersedia
Cuba gunakan ayat "apa kata hari ni Amna tak payah pakai lampin. Amna kan dah besar, dah pandai". Gunakan ayat memujuk atau pujian pada anak.

2.  Ajar melakukan bunyi 
Semasa mandi, ajar anak mencangkung dalam bilik air dan ajar anak untuk kencing. Buat bunyi "syhh..syhh". Dengan cara ini anak akan faham ketika mandi kena kencing siap-siap

3.  Bertanya dengan kerap bila hendak kencing
Pada peringkat permulaan, mungkin boleh tanya selang 10-15minit untuk ke tandas. Lama kelamaan anjakan masa ke 20-30minit

4.  Jangan cepat melenting atau marah
Melatih anak untuk diapers free memang sangat menguji kesabaran. Pada mulanya agak sukar, tapi lama kelamaan anak akan biasa

5.  Sediakan seluar dalam yang cantik-cantik
Sekarang ni dah banyak jual seluar untuk potty train. Seluar-seluar ini biasanya cantik-cantik dan anak akan teruja dengan latihan ini.

6.  Mengikut kesesuain 
Jika anak baru belajar potty train, bolehlah pakaikan lampin pada waktu siang ketika dia tidur. 

7.  Pastikan stok lampin tiada dirumah
Psikologi juga memainkan peranan dalam melatih anak untuk bercerai lampin. Jika tiada stok lampin kat rumah, kita akan lebih bersungguh - sungguh melatih anak untuk bercerai lampin.

  Kesimpulannya..proses bercerai lampun ini kena dilakukan dengan penuh kesabaran. Sebagai ibu bapa kita kena sentiasa berikan sokongan pada anak jika dia bercerai lampin. Apa yang penting, anak itu sendiri kena betul-betul bersedia untuk bercerai lampin.

Salam sayang

Nur Fatin

0 comments:

Post a comment