Cheesecake : Because I'm A Cheese Lover..

Assalamualaikum..

  Salam hujung minggu. Biasa kalau hujung minggu macam ni, kalau takde aktiviti COD suplemen pada customer, saya banyak habiskan masa keluar dengan anak, samada pergi teman rekreasi ke atau pun bawak anak ke indoor playground shopping mall. Tapi kalau malas nak keluar, saya lebih suka duduk rumah dengan anak dan buat what I love to do..COOKING & BAKING!!

  Saya bukanlah kategori yang pandai masak or bake. Setakat nak melepaskan selera tekak sendiri dan selera tekak anak..bolehlah..sometimes simplicity is the best food that we love to eat. Baking ni pun saya baru juga jatuh cinta. Semua gara-gara asyik telan air liur je nampak kek-kek di bakery lagi2 cheesecake..so I decided..why dont I learn to bake kan? Dah tentu boleh makan puas-pu2bas. Dah tentu boleh bagi pada officemate (officemate biasa jadi mangsa habiskan kek saya) or bagi pada budak2 dirumah pengasuh.

  Now..Cheesecake!! Who don't love cheesecake kan? Most of us rasanya memang suka cheesecake. Saya ni pula, memang sangat sangat gemarkan cheesecake. Bukan takat cheesecake, malah anithing that have to do with cheese..memang saya tak akan tolak..semua memang saya makan.

  So minggu ni memandangkan masih ada lagi creamcheese dalam peti ais, I decided to baked cheesecake. This time saya baked Lemon Cheesecake with Lemon Curd topping. Nama bukan main gempak lagi kan..tapi its the most easiest cheesecake ever to do.

Resepi Lemon Cheesecake


  • 250g cream cheese ( guna jenama apa pun takpe..saya guna tantura)
  • 200g fresh cream ( boleh guna whipping cream, saya guna plain yogurt je)
  • 2 biji telur gred A
  • 80g gula
  • 3 sudu besar tepung
  • 2 sudu besar jus lemon (saya gandakan sampai 6sudu besar supaya rasa lemon tu lagi terasa)
Untuk based

  • 90g Disgestive biskuts (ketuk sampai hancur)
  • 40g mentega 
Untuk Lemon Curd toping

  • 3biji telur
  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 cawan fresh lemon juice
  • 2 sudu besar butter
  • 1sudu besar parutan lemon
Cara buatnya:

1. Untuk cheesecake, pukul telur, gula dan juga perahan lemon sekali. Masukkan creamcheese, fresh cream dan juga tepung. Pukul sampai sebati dan nampak gebu

2. Untuk based pula, cairkan butter dan campurkan butter bersama dengan digestive biscuts yang telah dihancurkan. Masukkan biskut dalam loyang pembakar dan sejukkan dalam peti ais selama 30minit.

3. Apabila based da sejuk, boleh lah tuang adunan cheesecake tadi pada loyang dan bakar menggunakan kaedah water batch dengan suhu 170 darjah celcius dalam tempoh 45minit

4. Untuk toping, pukul telur dan gula dalam mangkuk dan diletak diatas periuk air panas yang mendidih. Gunakan kaedah double boiling untuk kaedah ini. Satukan jus lemon dan parutan kulit lemon. Tuang dalam adunan telur dan gula dan kacau sambil masukkan butter. Kacau selama 15minit menggunakan wish sehingga pekat. Bila da pekat, bolehlah dituang ke atas cheesecake yang dah masak tadi.

5. Cheesecake yang da masak, lebih sedap dimakan setelah disejukkan selama 3-4jam ataupun semalam.

  Senang kan?? 






  Best juga bila da start baking ni..at least ada juga aktiviti hujung minggu didapur bersama anak.What will I baked for next week? Another cheesecake?? or something else..


Salam Sayang 

0 comments:

Post a comment