B Kompleks : Bukan Sekadar Suplemen Anti Stres

Assalamualaikum..

  Beberapa hari ni asyik sakit kepala je, mungkin sebab terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan dipejabat dan kerja-kerja dirumah pun banyak yang tertangguh. Nasib baik lah ada B Kompleks ada penyelamat. Telan sebiji sehari, alhamdulillah..hilang sakit kepala.


  Bagi peminat vitamin B Kompleks, rata-rata tau yang B Kompleks ni adalah vitamin anti stress. Sebab tu kadang-kadang sesama kawan-kawan, asal stress je kami suruh telan B Kompleks. Jika terlalu letih ataupun pun takde tenaga, pengambilan vitamin B kompleks juga dapat membantu memberikan tenaga.



  Tapi tau tak, sebenarnya banyak lagi fungsi vitamin B Kompleks. B Kompleks itu sendiri merupakan vitamin yang mempunyai asid folic yang baik untuk persediaan kehamilan. Sebab itu bagi mereka yang ingin merancang untuk hamil, doktor akan suggestkan untuk mengambil asid folic untuk meningkatkan kesuburan. Malah untuk mereka yang baru lepas mengalami keguguran, B Kompleks sangat sesuai untuk meningkatkan tahap kesuburan untuk kehamilan.


  Ramai yang cakap B Kompleks ni boleh menaikkan berat badan? Sebenarnya yang orang tidak tahu, B Kompleks sebenarnya membantu penurunan berat badan kerana B Kompleks membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Kadang kala, bila kita makan suplemen, badan akan beri false alarm untuk menyatakan kita lapar, sedangkan sebenarnya kita perlukan lebih baik air. Jadi bila terasa lapar, pastikan samada kita benar-benar lapar atau pun sebenarnya kita perlukan lebih banyak air. Untuk penjelasan tentang perkara ini samada vitamin B Kompleks boleh menaikkan berat badan, boleh rujuk link INI ye.

  Menarik kan bagaimana botol yang kecil ini banyak mafaat kepada kesihatan kan? Untuk lebih testimoni mengenai B Kompleks, boleh klik DISINI ye.


Salam Sayang




0 comments:

Post a comment