Kebal Ke Sistem Imun Anak Kita Selepas Pengambilan Suplemen??

Assalamulaikum..

  Saya tertarik berkongsi pengalaman saya tentang pengambilan suplemen untuk anak-anak. Tergerak saya nak tulis entri ni susulan soalan seorang ibu muda pada saya tentang kesan pengambilan suplemen terhadap anak.

  Minggu lepas, Amna memang kurang sihat. Probably one of the reason is keadaan cuaca pun tak menentu dan persekitaran rumah pengasuh Amna juga kanak-kanak dijangkiti batuk dan selsema. At some point walaupun saya berikan Amna suplemen (Omega, Vitamin C dan Mealshakes), saya tetap risaukan kesihatan Amna juga. Suplemen cuma membantu untuk meningkatkan tahap kesihatan anak, tapi bukan tujuan mengubati. So I decided bawa Amna ke klinik pakar, sebab keadaan batuk dia yang berterusan.




  Dalam masa menunggu giliran untuk dipanggil doktor, sempat bersembang dengan seorang ibu ni yang bawa anak dia berusia 2 tahun berjumpa doktor. Sembang-sembang tiba-tiba timbul pula soalan tentang suplemen ni. Menurut ibu ni, dia ada belikan anak dia vitamin C jenama X dari farmasi. Katanya untuk kesihatan anak dia. Tapi walau da habis sebotol vitamin tu..anak dia asyik kena flu dan fever juga. Lalu siibu berkata, semua suplemen ni tak berkesan, sebab patutnya suplemen membantu anak untuk sihat, tapi bila da makan anak still kena flu and fever juga..

  Saya cuma tersenyum..saya cuma terangkan pada ibu ni, suplemen bukannya jaminan untuk anak kita tak jatuh sakit. Suplemen hanya membantu saja untuk meningkatkan tahap kesihatan tapi ia tak bertujuan mengubati. Saya bagi contoh..kalau anak kita ni jenis picky eater, atau memang jenis tak makan sayur dan buah..kemungkinan anak kita akan dapat sembelit kan? Jadi apa yang perlu kita buat?

  Bagi air masak? Kadang-kadang budak-budak ni, bukan jenis nak minum air masak banyak-banyak..kalau air perisa nak lah minum banyak..betul tak? Jadi kita kena ikhtiarkan lah berikan suplemen yang dapat membantu meningkatkan selera makan anak, yang dapat membantu mengurangkan sembelit anak..Rasanya banyak je suplemen yang dijual diluar sana, jadi terpulang pada diri kita sebagai mak suplemen apa yang terbaik nak kita berikan untuk anak kita..betul tak?

  In the end of the conversation, sebelum tiba giliran Amna berjumpa doktor, saya berikan ibu ni pamplet vitamin untuk kesihatan anak. Akhir kata saya pada dia..bila anak kita sakit, suplemen ini adalah ikhtiar kita dulu. Jika selepas dibagi suplemen, kesihatan anak masih tak memuaskan, boleh lah terus berjumpa doktor dan minta nasihat yang sepatutnya.

  Kesimpulannya..suplemen tak akan membuatkan sistem imun anak kita kebal..but it helps to improved. :)

  Untuk mengetahui suplemen untuk kesihatan anak, boleh klik DISINI ye..

Salam Sayang..







**  These statement has not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intend to diagnose, treat, prevent or cure any disease. 

0 comments:

Post a comment