Lindungi Anak Kita Dari Pedofilia


Assalamualaikum..

  Hari ni tergerak hati saya untuk menulis entri mengenai Pedofilia. Lately ni banyak sangat kes-kes pencabulan kanak-kanak yang dilaporkan dalam media sosial. Ini belum lagi termasuk kes-kes yang tidak dilaporkan..tidak diketahui..mungkin kesnya lebih banyak dari apa yang kita tahu. Sebagai seorang ibu yang bekerja, sudah tentunya hati saya sangat gusar dan risau memikirkan anak saya yang saya hantar dirumah pengasuh. Namun saya tawakal pada Allah, moga Allah lindungi anak saya, dan anak anda semua..

Apa maksud Pedofilia??




  Pedofilia adalah seorang dewasa dan remaja yang mempunyai kecenderungan dan keinginan seksual terhadap kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak yang belum baligh, lelaki dan perempuan. Yes!! kanak-kanak lelaki juga boleh menjadi mangsa pedofilia, dan pedofilia ini bila kita lihat dia sama saja seperti orang lain, tiada perbezaan namun mereka ada keinginan untuk mendera secara seksual malah ada yang sanggup membunuh anak kecil yang tidak berdosa demi memuaskan nafsu mereka.

  Jika anda follow fanpage Wardina Safiyah  betapa ramainya aduan mengenai jenayah seksual kanak-kanak yang dipendamkan selama ini. Malah ada yang menceritakan pengalaman sendiri sewaktu mereka menjadi mangsa kepada pedofilia.

Perkara yang perlu anda lakukan untuk melindungi anak anda daripada Pedofilia

Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar daripada Parent Connect Consultancy perkara-perkara ini perlu kita ambil perhatian bila bersama anak kita.


  • Sentiasa connect  dengan anak kita supaya kita menjadi tempat anak bercerita dan mengadu masalah
  • No secret between us. Ingatkan anak bahawa tiada rahsia antara anak dan anda. Biasanya pedofilia akan menyuruh anak kecik menyimpan rahsia akan perbuatan keji merekaHentikan sikap malu bercerita tentang soal seksual terhadap anak kita. Setiap hari kita terdedah dengan perkataan atau perbuataan yang menjurus kepada unsur seksual samada di media sosial mahupun rancangan TV. In fact, rancangan kartun juga ada yang menggunakan dan mempamerkan bahasa dan gambar yang berunsur lucah. Berbicara lah dengan anak dengan bahasa yang sesuai dengan usianya.

Gambar kanak-kanak yang comel sebegini pun boleh mendatangkan nafsu syahwat pada pedofilia.

  • Sentiasa peka dengan tubuh anak apatah lagi bila dia mengadu berasa tidak selesa terhadap tubuh badannya khususnya dibahagian sulitnya.
  • Berhati-hati tentang gambar dan video anak kita didalam media sosial. Kenal pasti siapa freind anak kita dan siapa follower dia, kenal pasti siapa yang anak kita follow dalam media sosial
  • Ajar anak anda tentang bahagian tubuh yang boleh dan tak boleh disentuh. Ajar anak anda untuk menjerit NO!! apabila bahagian sensitif mereka disentuh
  • Ajar anak anda untuk YELL AND RUN (Jerit dan lari) apabila disentuh pada bahagian-bahagian tertentu. 


  • Setiap kali anak anda ke tandas, temani anak anda sendiri. Jangan biarkan orang yang tidak anak anda kenali untuk menemaninya ke tandas
  • Anak-anak sekarang terdedah kepada gadget. Jangan biarkan anak anda menggunakan gadget dalam bilik tidur mereka sendiri. Kita tidak tahu apa kah website yang mereka layari jika kita tidak memantau mereka.
  • Jangan biarkan anak kita sendiri pergi ke kedai tanpa ditemani oleh anda. Kebiasannya kita mungkin menganggap anak kita sudah cukup 'dewasa' untuk membeli barang dikedai sendiri. Ini boleh mendedahkan mereka kepada ancaman pedofilia.
  • Peranan nurseri/tadika/sekolah juga penting dalam memantau keselamatan anak kita. Jika terdapat aduan daripada pelajar tentang guru yang menyebabkan mereka tidak selesa, perkara ini harus dipandang secara serious. 

  Masalah pedofilia bukan satu masalah yang remeh. Sebagai ibubapa, khususnya yang bekerja, amat penting untuk kita luangkan masa untuk bercerita dengan anak-anak tentang aktiviti yang mereka lakukan sepanjang hari ni dirumah pengasuh/tadika/sekolah. Jika mereka mengadu, jangan mempunyai tanggapan álah..takde apa tu' atau tak percaya dengan kata anak-anak. Lebih baik kita concern sekarang daripada menyesal pada masa akan datang..

  Perkara yang paling penting, menanam akidah dan kefahaman yang mantap terhadap agama. Bonding antara anak dan ibubapa sangat penting. Semoga Allah melindungi anak-anak kita semua..


Salam Sayang



0 comments:

Post a comment